Skip to main content

Hiburan

Taanusiya Chetty Impi Bawa Pulang Mahkota Miss World Pertama Buat Malaysia - “That Was My Childhood Bucket List”

Taanusiya Chetty

Sekilas

  • Taanusiya Chetty, Miss World Malaysia 2025, sudah bersedia untuk mewakili negara di pertandingan Miss World di Vietnam pada September ini selepas 19 bulan persiapan.
  • Dia memilih untuk menikmati setiap detik pengalaman tersebut walaupun ada rasa gementar kerana peluang ini hanya datang sekali seumur hidup.
  • Taanusiya berhasrat membawa pulang mahkota Miss World pertama untuk Malaysia dan menjadi inspirasi kepada generasi muda mengejar impian mereka.
Advertisement

Pemegang Miss World Malaysia 2025, Taanusiya Chetty sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab mewakili negara ke pentas Miss World yang bakal berlangsung di Vietnam ada September ini.

Menurut Taanusiya, persiapan yang telah dilakukan selama 19 bulan membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Advertisement

“Tiada banyak lagi persiapan yang harus dilakukan tetapi saya boleh katakan bahawa saya sudah bersedia mewakili negara kita selepas mengambil masa 19 bulan untuk membuat segala persiapan.

“Pada saya, masa selama 19 bulan itu membuatkan saya sangat bersedia dan bersemangat membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa yang sama, Taanusiya memilih untuk menikmati setiap detik yang ada meski timbul sedikit rasa gementar kerana menyifatkan peluang itu hanya datang sekali seumur hidup.

“Sebagai seorang manusia sudah tentu saya gementar tetapi saya memilih untuk nikmati momen ini. Bila kita lakukan itu, pasti rasa gementar akan berkurangan.

“Ini adalah peluang sekali dalam seumur hidup jadi, I don’t want to miss any single moment because of the nervous,” ujarnya.

Dalam masa sama, Taanusiya tidak menganggap penyertaannya ini sebagai satu beban malah tetap bersemangat memandangkan ini merupakan impiannya sejak kecil dan berjanji akan melakukan yang terbaik kerana akan membawa nama baik Malaysia di persada antarabangsa.

“That was my childhood bucket list. Waktu penyertaan saya nanti, mereka tak akan sebut nama saya sebaliknya akan memanggil saya sebagai ‘Miss Malaysia’.

“Apa sahaja yang saya lakukan akan memberi kesan kepada imej negara kita. Jadi, saya berjanji akan melakukan yang terbaik dalam setiap perkara agar mereka tertarik untuk datang melawat Malaysia suatu hari nanti,” katanya lagi.

Justeru, Taanusiya berharap agar dia dapat melakar sejarah dengan menghadiahkan mahkota pertama Miss World buat Malaysia.

“Harapan saya adalah untuk membawa pulang mahkota Miss World yang pertama buat negara kita.

“Jika saya berjaya pulang dengan mahkota itu, saya berharap ia dapat menjadi inspirasi kepada kanak-kanak untuk berani bermimpi besar dan mengejar cita-cita mereka,” tambahnya.

Sekadar info, Taanusiya akan mula berangkat ke Vietnam seawal Ogos bagi mewakili Malaysia di acara Miss World 2026.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement