Skip to main content

Hiburan

Taanusiya Chetty Tak Sabar Nak Balik Malaysia - “Rindu Makanan Pedas…”

Taanusiya Chetty Tak Sabar Nak Balik Malaysia - “Rindu Makanan Pedas…”

Sekilas

  • Taanusiya Chetty, pemenang tempat ketiga Miss World 2026, tidak sabar untuk pulang ke Malaysia dan berkongsi momen istimewa bersama peminat.
  • Beliau berjaya mara ke Top 6 selepas menjuarai beberapa anugerah termasuk Top 2 Beauty With a Purpose dan Top Model Award.
  • Taanusiya juga aktif membawa mesej pendidikan, pemerkasaan generasi muda dan perubahan sosial sepanjang pertandingan antarabangsa itu.
Advertisement

Pemenang tempat ketiga bagi pertandingan Miss World 2026, Taanusiya Chetty memaklumkan dirinya tidak sabar untuk pulang ke tanah air setelah mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa tersebut.

Menerusi perkongsian di Threads, Taanusiya berkata dia juga tidak sabar untuk melakukan beberapa rutin yang sering sememangnya menjadi kegemarannya.

Advertisement

“Tak sabar nak balik rumah haha

“Rindu makanan pedas, matcha dan gym walaupun sebenarnya saya tak makan nasi selalu,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, wanita yang berkhidmat sebagai pendidik ini memaklumkan dia masih belum mengetahui bila dirinya akan pulang ke Malaysia.

Advertisement

Dalam masa yang sama, dia berharap agar kepulangannya nati dapat menjadi satu momen istimewa untuk dikongsikan bersama peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.

“Ramai yang tanya bila saya nak balik.. sejujurnya, saya pun belum pasti lagi.

“Tapi bila tiba masanya nanti, saya harap dapat abadikan the best homecoming bersama korang semua,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Taanusiya Chetty berjaya menamatkan saingan Miss World 2026 di tempat ketiga.

Pencapaian itu melengkapkan perjalanan cemerlang Taanusiya pada edisi ke-73 Miss World, selepas beliau terlebih dahulu mara ke Top 20 menerusi pencapaian Top 2 Beauty With a Purpose, sebelum meneruskan kemaraan sehingga Top 6.

Sebelum membawa cabaran negara ke Miss World 2026, Taanusiya mempunyai pengalaman di pentas antarabangsa menerusi Miss Global 2023. Ketika meraih gelaran Miss World Malaysia, beliau turut membawa pulang tujuh anugerah tambahan termasuk Top Model Award, Best in Evening Gown dan Charity Queen Award.

Kejayaan meraih tempat ketiga Miss World 2026 menjadi kemuncak perjalanan Taanusiya dalam pertandingan itu, selepas melalui beberapa peringkat utama sambil membawa mesej mengenai pendidikan, pemerkasaan generasi muda dan perubahan sosial bersama nama Malaysia di pentas dunia.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement