Skip to main content

Hiburan

Tabby Dolla Disiplin Buat Persiapan Untuk Konsert, Berjaya Turun 5kg - “Saya Juga Kurangkan Pengambilan Gula”

Tabby Dolla

Ringkasan AI

  • Ahli kumpulan Dolla, Tabby, tampil lebih kurus semasa sidang media pelancaran muzik video lagu terbaru mereka, ‘Question’.
  • Tabby berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5 kilogram hasil latihan intensif untuk konsert Good Girls Gone Bad pada 6 Disember.
  • Latihan harian termasuk tarian dan vokal membantu Tabby meningkatkan stamina untuk persiapan konsert.
  • Tabby juga mengamalkan diet dengan mengurangkan pengambilan gula dan menambah protein untuk menurunkan berat badan.
  • Dolla baru sahaja melancarkan lagu terbaru mereka yang berjudul ‘Question’.

Ahli kumpulan Dolla, Tabby mencuri tumpuan apabila tampil lebih kurus ketika sesi sidang media pelancaran muzik video lagu terbaharu kumpulan itu yang berjudul ‘Question’ pada Khamis minggu lalu.

Menurut Tabby atau nama sebenarnya Tabitha Ariel Lam, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5 kilogram (kg) hasil daripada sesi latihan yang dilakukannya bagi persiapan konsert Good Girls Gone Bad yang bakal berlangsung pada 6 Disember ini. 

"Kami semua sudah mulakan latihan untuk konsert yang akan datang. Hampir setiap hari kami menari dan menjalani latihan vokal.”

"Saya memerlukan stamina yang baik untuk mempersiapkan diri menjelang konsert bulan depan.”

"Sekarang saya sudah berjaya turun 5 kilogram dalam tempoh kurang sebulan," katanya kepada Gempak.

Bukan itu sahaja, Tabby menjelaskan bahawa dia juga mengamalkan diet serta mengurangkan pengambilan gula bagi membantu lagi proses untuk menurunkan berat badannya.

"Saya jaga makan, kurangkan gula serta lebihkan protein," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Dolla baru sahaja melancarkan lagu terbaharu mereka yang berjudul ‘Question’.

Must-Watch Video

Advertisement