Skip to main content

Hiburan

Tabung Dana Dah Tutup, Rakyat Malaysia Masih Membantu, Aznil Nawawi Hargai Keprihatinan Netizen Bantu Adrian Adam

Astrogempak AZNIL

Sekilas

  • Datuk Aznil Nawawi mengumumkan tabung bantuan untuk Adrian Adam, anak pelakon Amyza Aznan, telah ditutup selepas menerima sumbangan sebanyak RM196,208.21.
  • Walaupun tabung sudah ditutup, Aznil masih menerima baki sumbangan RM4,260.48 dan telah memindahkan jumlah tersebut ke akaun Amyza.
  • Aznil menambah sendiri RM3,791.79 untuk melengkapkan jumlah keseluruhan bantuan kepada RM200,000 bagi menampung kos perubatan Adrian yang menghidap kanser tulang.
Advertisement

Pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Nawawi memaklumkan masih lagi menerima sumbangan daripada orang awam buat anak kedua pelakon Amyza Aznan, Adrian Adam.

Meskipun sudah menutup tabung berkenaan beberapa hari lepas, pengacara program Talk To My Manager musim kedua itu telah menerima sumbangan bernilai RM4,260.48.

Advertisement

“Salam semua, selepas Paknil beritahu Tabung Bantuan Adrian Adam, anak Amyza ditutup, Paknil masih menerima baki-baki infak terkumpul sebanyak RM4,260.48. Paknil dah transfer ke akaun Amyza keseluruhannya hari ini (Sabtu),” katanya.

Pada masa sama, Aznil turut memaklumkan jumlah keseluruhan sumbangan yang berjaya dikumpulkan adalah sebanyak RM196,208.21 dan mengambil inisiatif untuk menambah sendiri baki dana tersebut agar jumlah keseluruhan genap kepada RM200,000.

“Jadi, tiada lagi bantuan yang diterima dan jumlah keseluruhan infak adalah sebanyak RM196,208.21.

“Dan Paknil genapkan dengan infak Paknil sendiri sebanyak RM3,791.79 untuk menjadikan ia RM200,000.00.

“Terima kasih semua. Semoga Allah membalas kebaikan anda semua dengan rezeki dan kesihatan yang melimpah ruah. Amin,” ujarnya.

Terdahulu, Pak Nil tampil membuka tabung kutipan bantuan buat anak kedua pelakon, Amyza Aznan, Adrian Adam yang mengalami kanser tulang.

Inisiatif tersebut dibuat bertujuan untuk membantu kos perbelanjaan dan perubatan masalah kesihatan yang dialami remaja itu.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement