Skip to main content

Hiburan

Tabung Kilat Anak Amyza Aznan Cecah Lebih RM137,000 Dalam Dua Hari, Pak Nil Zahir Rasa Syukur Dan Sebak - “Semoga Allah Membalas Budi…”

Astro Gempak 480

Sekilas

  • Tabung bantuan kilat untuk Adrian Adam, anak pelakon Amyza Aznan, berjaya mengumpul RM137,127.90 dalam masa dua hari.
  • Pengacara Datuk Aznil Nawawi atau Paknil mengucapkan terima kasih kepada penyumbang dari dalam dan luar Malaysia menerusi hantaran di Threads.
  • Tabung ini dilancarkan untuk membantu kos perubatan dan sara hidup Adrian yang menghidap kanser tulang, dengan Paknil turut mengosongkan akaun peribadinya bagi tujuan tersebut.
Advertisement

Pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi memaklumkan tabung bantuan kilat buat anak kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Adrian Adam berjaya mengumpul sebanyak RM137,127.90 dalam tempoh dua hari.

Perkara tersebut dikongsikan Aznil atau mesra disapa Paknil menerusi satu hantaran dalam Threads.

Advertisement

“Diumumkan di Podcast Kita Kita Aje di YouTube tepat 10.40 malam tadi, selepas lebih dua hari tabung kilat Adrian Adam, wang terkumpul setakat ini adalah RM137,127.90.

“Terima kasih kepada rakyat Malaysia dan ada juga dari luar Malaysia yang menyumbang,” tulisnya.

wefg

Selain itu, Paknil turut menzahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada semua pihak yang membantu meringankan beban keluarga remaja tersebut.

Advertisement

“Semoga Allah membalas budi baik anda semua dengan seribu kerahmatan.

“Terima kasih dari lubuk hati Paknil,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Paknil turut menjelaskan perbezaan jumlah kutipan yang diumumkan dengan paparan dalam tangkap layar dimuat naik sebelum ini.

“Mungkin nampak perbezaan jumlah yang Paknil umum dengan gambar yang Paknil paparkan.

“Ini sebab sebelum sempat nak screenshot jumlah paparan skrin, jumlah itu bertambah lagi. Harap maklum ya,” katanya.

Sebelum ini, Paknil tampil melancarkan tabung bantuan kilat buat Adrian Adam bagi membantu urusan perubatan dan sara hidup selepas remaja itu dilaporkan menghidap kanser tulang.

Menerusi perkongsian terdahulu, Paknil berkata dia sanggup mengosongkan akaun peribadinya bagi tujuan pengumpulan dana tersebut.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Must Watch Video

Advertisement