Skip to main content

Hiburan

“Tahun Ini Semakin Baik…” – Ekonomi Makin Stabil, Rahim Omar Beri Jaminan Selesaikan Tunggakan Sewa

“Tahun Ini Semakin Baik…” – Ekonomi Makin Stabil, Rahim Omar Beri Jaminan Selesaikan Tunggakan Sewa

Sekilas

  • Pelakon veteran Rahim Omar berjanji akan melangsaikan tunggakan sewa rumah selepas kewangannya mula pulih dengan tawaran penggambaran 60 episod tahun ini.
  • Rahim menjelaskan dia tidak lari daripada tanggungjawab dan terpaksa menghadapi tempoh sukar tanpa pekerjaan hampir enam bulan serta kehilangan hampir RM500,000 dua tahun lalu.
  • Dia turut mendedahkan terpaksa menggadai barangan milik isteri untuk menampung kos berpindah selepas diminta mengosongkan rumah sewa, sementara pemilik rumah tidak lagi menghubunginya selepas situasi kewangan dijelaskan.
Advertisement

Pelakon veteran Rahim Omar memberi jaminan akan melangsaikan tunggakan sewa rumah yang menjadi perhatian sebelum ini selepas keadaan kewangannya kini beransur pulih.

Menurut Rahim, dia tidak pernah berniat melarikan diri daripada tanggungjawab tersebut, sebaliknya berdepan tempoh sukar apabila hampir enam bulan tidak mempunyai pekerjaan pada tahun lalu.

Advertisement

“Saya tak lari punya. Saya bukan jenis orang yang lari, saya jenis orang yang bertanggungjawab.

“Saya akan hadap benda itu dan saya akan selesaikan. Sekali saya dah selesai nanti, dia sendiri tak payah cari saya, saya akan cari dia,” katanya.

Rahim berkata, keadaan ekonomi keluarganya dijangka kembali stabil selepas memperoleh tawaran menjayakan sebuah produksi sebanyak 60 episod tahun ini.

Advertisement

“Alhamdulillah tahun ini semakin baik sebab saya dah mula penggambaran 60 episod. Ini akan menstabilkan ekonomi saya dengan keluarga semula.

“Insya-Allah saya boleh selesaikan,” ujarnya.

Mengimbas tempoh sukar tersebut, Rahim mengakui kehilangan hampir RM500,000 kira-kira dua tahun lalu turut memberi kesan besar terhadap kewangannya sehingga terpaksa mengutamakan keperluan keluarga.

Katanya, tanggapan bahawa semua artis mempunyai kehidupan mewah juga tidak tepat terutama dalam kalangan penggiat seni veteran yang ada kalanya terpaksa menerima tawaran dengan bayaran rendah demi kelangsungan hidup.

“Artis kita bukan Hollywood. Kadang-kadang, tambah-tambah artis veteran, saya terpaksa ambil kerja walaupun bajet rendah.

“Saya tiada pilihan, terpaksa ambil sebab kita nak teruskan hidup,” katanya.

Rahim turut mendedahkan terpaksa menggadaikan barangan milik isterinya bagi mendapatkan wang untuk menampung kos berpindah selepas diminta mengosongkan kediaman sewa terdahulu.

“Ketika dia suruh keluar, keadaan memang tengah susah. Nak cari rumah sewa kena deposit, sewa lori lagi.

“Saya terpaksa gadai barang orang rumah untuk berpindah. Anak angkat dan anak-anak ada bantu, kalau tidak memang saya dah buntu,” katanya.

Dalam masa sama, Rahim berkata pemilik rumah tersebut tidak lagi menghubunginya selepas dia menjelaskan situasi kewangan yang dihadapi secara terbuka sebelum ini.

Terdahulu, isu terbabit menjadi perhatian selepas pemilik rumah berkenaan didakwa memuat naik tangkap layar perbualan bersama Rahim selain mendakwa pelakon itu mempunyai tunggakan sewa sebanyak RM7,000 selama dua tahun.

Pemilik akaun Threads yang dipercayai terbabit kemudiannya tampil mendakwa pihaknya sudah beberapa kali cuba bertolak ansur dalam urusan pembayaran tunggakan tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Must Watch Video

Advertisement