Skip to main content

Hiburan

"Tak Ada Apa Yang Membahagiakan Selain..." Pengurus Siti Nurhaliza

"Tak Ada Apa Yang Membahagiakan Selain..." Pengurus Siti Nurhaliza

Sekilas

  • Pengurus peribadi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abd Razak, meluahkan rasa sebak dan syukur selepas berjaya menjayakan Konsert Tradisional Gema Bumantara di Stadium Nasional Bukit Jalil.
  • Konsert ini menjadi hadiah istimewa kepada peminat serta usaha mengangkat muzik tradisional agar terus relevan merentas generasi, dengan penyertaan artis tempatan dan Indonesia.
  • Peminat memuji komitmen Rozi dan pasukan, serta kualiti vokal dan sistem bunyi konsert yang menetapkan penanda aras baru bagi penganjuran konsert tradisional berskala mega di Malaysia.
Advertisement

Pengurus peribadi kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abd Razak meluahkan rasa sebak selepas berjaya menjayakan Konsert Tradisional Gema Bumantara yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.

Menerusi perkongsian di Threads, Rozi meluahkan rasa syukur apabila usaha yang dilakukan akhirnya membuahkan hasil, sekali gus membahagiakan ramai pihak.

Advertisement

“17.10.26. Jujurnya saya sebak. Tak ada apa yang membahagiakan selain daripada dapat membahagiakan,” tulisnya.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian peminat yang mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Rozi dan seluruh pasukan yang bertungkus-lumus menjayakan konsert berkenaan.

Malah, ada yang memuji komitmen Rozi sebagai individu penting di belakang tabir, termasuk ketika persiapan akhir konsert masih berlangsung.

Advertisement

“Orang kuat yang sentiasa berada di belakang setiap saat. Ketika ini full dress, dia masih fokus balas mesej tanpa henti, buat kerja. Tahniah Kak Zie, kita melihat setiap masa. Tahniah SNL dan seluruh pasukan Konsert Gema Bumantara.

“Love you Kak Rozi. Tanpa Kak Rozi, pincanglah segala sistem. Kak Rozi, Tokti dan pasukan memang terbaik.

“Tahniah. Cemerlang Konsert Gema Bumantara. Nak minta keluarkan video atau album konsert ini. Sesungguhnya saya tak rakam apa-apa pun sebab sangat menikmati konsert malam tadi. Tahniah sekali lagi buat pasukan Siti dan Kak Zie.

“Tahniah semua pasukan, kami sangat enjoy dan mengubat rindu zaman kecil kami semua. Jalan terus, Malaysia sayang Siti Nurhaliza kami.

“Terima kasih Kak Zie dan pasukan. Kami puas hati. Berbaloi terbang dari Sabah semata-mata untuk konsert Tokti kesayangan.

“Secara keseluruhannya, dari segi vokal dan sistem bunyi, Konsert Gema Bumantara bukan sahaja sebuah persembahan visual yang megah, malah merupakan satu pencapaian audio yang sangat berkualiti tinggi dan memuaskan hati, menetapkan penanda aras baharu bagi penganjuran konsert irama tradisional berskala mega di Malaysia. Luv sangat,” tulis netizen.

Konsert Tradisional Gema Bumantara dipentaskan Siti selepas sembilan bulan mencipta sejarah menerusi konsert tiga dekad pembabitannya dalam industri seni, iaitu Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang berjaya menghimpunkan kira-kira 65,000 di lokasi sama pada 10 Januari lalu.

Konsert berkenaan menjadi hadiah istimewa buat peminat selain usaha meraikan dan mengangkat semula keindahan muzik tradisional agar terus kekal relevan merentas generasi.

Ini sekali gus menjadi konsert solo pertama Siti di lokasi ikonik itu yang mengetengahkan sepenuhnya konsep muzik tradisional dan warisan Nusantara.

Menariknya, konsert berkenaan turut dimeriahkan dengan artis undangan membabitkan penyanyi jolokan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, Haziq Rosebi serta dua penyanyi dari Indonesia, Lesti Kejora dan King Nassar.


 

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement