Skip to main content

Hiburan

"Tak Ada Kena Mengena Dengan Hidup Kau" - Isa Khan Tegur Sikap Netizen Menyibuk Rumah Tangga Orang Lain

Isa Khan

Pelakon, Isa Khan meluahkan rasa kurang senang dengan sikap sikap segelintir netizen yang dilihat gemar mencampuri urusan peribadi individu lain, khususnya melibatkan isu rumah tangga.

 

Dalam satu hantaran di platform Threads, Isa menegaskan bahawa perkara seperti perkahwinan, perceraian dan soal nafkah merupakan urusan peribadi yang tidak wajar diperdebatkan secara terbuka oleh pihak luar.

 

“Boleh tak stop masuk campur hal peribadi orang lain? Dia nak kahwin ke, nak cerai ke, bagi nafkah ke, tak bagi nafkah ke, tak ada kene mengene dengan hidup kau,” katanya.

 

Menurut Isa, sikap terlalu menyibuk dan gemar menghakimi kehidupan orang lain hanya mencerminkan ketidakmatangan serta ketiadaan empati dalam masyarakat.


“Punyalah penyibuk macam dah tak ada kerja dekat dunia ni. Baik kau pergi tengok balik solat kau dah cukup ke belum,” tambahnya.


 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Isa.

"Tepat padat bossku.

"Second on that! Some people in our society enjoy commenting on things that do not concern them and are not their problem. 

"Agree!! Orang post kita cukup membaca. takpayah menyibuk. Kalah mkcik bawang gen Z skrg ni tacod. 

"Betul.kalau bab2 rumah tangga org saya cepat2 scroll takut terbaca," komen netizen. 

Must-Watch Video

Advertisement