Skip to main content

Hiburan

"Tak Ada Otak Ke?" - Ain Edruce Terkejut Budak Lelaki Cakap Kasar Ketika Bermain Dengan Soraya

Astrogempak AIN EDRUCE

Sekilas

  • Ain Edruce berkongsi pengalaman sedih apabila anak perempuannya, Soraya, menerima kata-kata kasar daripada seorang kanak-kanak ketika bermain di playhouse.
  • Kejadian itu membuatkan Ain risau tentang cabaran yang bakal dihadapi Soraya apabila mula bersekolah nanti.
  • Netizen memberi perhatian dan menegaskan pentingnya peranan ibu bapa dalam mendidik anak supaya berkomunikasi dengan sopan dan menghormati orang lain.

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce, meluahkan rasa terkejut dan sedih selepas anak perempuannya, Soraya, didakwa menerima kata-kata kasar daripada seorang kanak-kanak ketika sedang bermain di sebuah playhouse.

 

Menerusi perkongsian di Threads, Ain berkata kejadian itu berlaku ketika Soraya sedang bermain bersama seorang kanak-kanak lelaki yang dianggarkan berusia sekitar darjah dua.

 

"Tadi aku bawa Soraya main dekat playhouse ni. Lepas tu Soraya main dengan seorang budak lelaki. Aku rasa dia dalam darjah dua macam tu. Aku ingat lagi nama dia, Abu. Ada satu bahagian dekat tempat main ni, dia boleh lalu atas atau bawah. Jadi Soraya merangkak lalu bawah.

 

"Budak ni boleh cakap dekat Soraya, 'Lompat kat ataslah. Awak tak tahu ke? Tak ada otak ke?' Terkejut aku dengar, siot. Soraya pula macam blur. Dia tak faham. Aku pula yang jadi nervous. Budak sekarang memang borak kasar macam ni ke?" tulisnya di Threads.

 

Perkongsian itu turut membuatkan Ain mengakui timbul rasa bimbang sebagai seorang ibu, lebih-lebih lagi apabila memikirkan cabaran yang bakal dihadapi Soraya apabila mula bersekolah kelak.

 

"Kesian Soraya. Aku sebagai mak, dengar anak aku kena cakap macam tu memang sedih.

 

"Aku tiba-tiba risau. Macam mana nanti bila dia masuk sekolah? Mestilah lagi macam-macam perkara boleh berlaku. Takkan nak ajar anak kita terajang orang. Lain pula jadinya nanti," luahnya.

 

Perkongsian Ain itu mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan situasi yang dialami Soraya.

 

Dalam masa sama, ramai berpendapat ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak supaya berkomunikasi dengan sopan serta menghormati perasaan orang lain sejak kecil.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement