Sekilas
- DER, juara penyampai baharu Era FM, terkejut apabila diberitahu dia tidak lagi mengendalikan segmen hujung minggu melalui panggilan telefon semasa siaran langsung TikTok.
- Individu tersebut menyatakan bahawa Aqil, penyampai baharu Era FM, akan mengambil alih segmen tersebut.
- Video itu mencetuskan spekulasi wargamaya tentang status DER di Era FM dan kemungkinan dia tidak lagi bersama stesen radio tersebut.
Tular sebuah video memperlihatkan juara penyampai baharu Era FM iaitu DER menerima panggilan telefon daripada seseorang ketika dia sedang membuat siaran langsung (live) di TikTok.
Menerusi video tersebut, DER terkejut apabila individu itu memberitahu dia bukan lagi mengendali segmen pada hujung minggu.
Menurut individu tersebut, Aqil yang juga penyampai baharu Era FM yang akan mengendali segment tersebut.
Wargamaya yang berkongsi semula video tersebut mula mempersoalkan adakah DER mempunyai masalah dengan Era.
“DER ada masalah dengan Era ke? Kenapa Juara PBE tak ada slot kat Era tapi Aqil dapat,” tulisnya.
Rata-rata wargamaya mula membuat spekulasi dan andaian mengatakan kemungkinan DER tidak lagi bersama Era.
Sumber - Threads