Skip to main content

Hiburan

Tak Ada Ustaz Paksa Atau ‘Marketing’, Diva M Kembali Ke Fitrah Atas Kehendak Sendiri, Sedekah Semua Baju Lama Kepada Orang Ramai

Astro Gempak 452

Sekilas

  • Diva M atau Mohd Muzakir mengakui perubahan dirinya kembali kepada fitrah asal sebagai lelaki adalah keputusan sendiri tanpa paksaan dari mana-mana pihak.
  • Perubahan itu termasuk membuang implan payudara dan mendapat sokongan penuh daripada keluarga, terutama ibunya.
  • Diva M berkongsi pengalaman ini untuk menunjukkan realiti hidupnya dan bukan untuk mempengaruhi sesiapa, sambil menegaskan dia kini hidup lebih tenang.

Terdetik untuk berubah sejak awal 2023, personaliti media sosial, Diva M mengakui keputusan untuk kembali kepada fitrah asal sebagai lelaki lahir sepenuhnya daripada hati sendiri tanpa dipaksa mana-mana pihak.

Menurut Diva M atau nama sebenarnya Mohd Muzakir, 37, perubahan tersebut berlaku selepas dia merasakan sudah tiba masanya untuk berubah ke arah kehidupan lebih tenang.

“Turning point itu... kita tak tahu nak cakap macam mana. Perubahan ini sebab tak ada orang suruh pun.

“Tak ada orang kata ‘kau kena berubah’. Semua ini datang daripada hati saya sendiri. Mungkin dah masanya dan saya rasa dah cukup,” katanya.

Malah, Diva M berkata dia tidak pernah mendapatkan nasihat mana-mana ustaz untuk berubah, sebaliknya lebih banyak berdoa sendiri kepada Allah.

“Tak ada ustaz yang datang tegur atau suruh saya berubah. Semua ini daripada diri sendiri.

“Setiap kali solat saya doa supaya Allah tunjukkan jalan yang betul sebab saya sedar apa yang saya buat dulu memang salah,” katanya.

Mengulas mengenai reaksi keluarga, ibunya menyambut baik perubahan tersebut walaupun sebelum ini tidak pernah memaksanya untuk berubah.

“Kalau sokongan keluarga, memang mereka sangat bersyukur dan alhamdulillah.

“Mama pernah tegur juga sebelum ini, katanya mungkin anak dah besar dan saya kena berubah. Tapi semuanya balik kepada hati saya sendiri,” ujarnya.

Berkongsi lanjut mengenai penghijrahannya itu, Diva M berkata keputusan membuang implan payudaranya itu pada awalnya tidak diketahui oleh keluarga.

“Saya memang tak ada planning langsung nak beritahu family. Mereka langsung tak tahu saya dah buang breast.

“Satu hari saya balik rumah dengan jahitan masih ada dan saya tunjuk dekat mak saya.

“Mak tanya, ‘betul ke?’. Saya cakap betul. Dia terus peluk saya dan menangis.

“Dia kata, ‘Ya Allah anakku’. Masa itu saya sedih juga. Tapi mak kata inilah sebenarnya yang dia nak selama ini,” katanya.

Diva M turut mengakui kehidupannya kini jauh lebih tenang selepas melakukan perubahan tersebut.

“Selepas pembuangan breast memang saya sangat selesa. Nak pergi mana-mana pun rasa lebih tenang.

“Nak pergi solat Jumaat pun rasa macam terlepas. Memang perubahan itu buat saya lebih tenang,” ujarnya.

Ujar Diva M lagi, perkongsian tersebut bukan bertujuan untuk mempengaruhi sesiapa sebaliknya sekadar berkongsi realiti hidup yang dilaluinya.

“Bukan untuk ditiru atau marketing. Ini fakta daripada saya sendiri.

“Saya cuma nak orang tahu inilah diri saya yang sebenar. Semua orang pernah buat silap dan salah jalan. Kita manusia,” katanya.

Selain itu Diva M juga berkongsi, kebanyakan pakaian wanita miliknya juga sudah disedekahkan kepada keluarga dan rakan-rakan.

“Baju-baju perempuan memang banyak saya dah sedekahkan. Baju kurung pun semua dah bagi dekat orang.

“Tapi handbag masih simpan lagi sebab ada yang branded,” ujarnya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Men's Safety Boots - Man's Shoes Safety Boots Outdoor Tracking Adventure - Feet Walks

Men's Safety Boots - Man's Shoes Safety Boots Outdoor Tracking Adventure - Feet Walks

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

Must Watch Video

Advertisement