Skip to main content

Viral

"Tak Adil Bandingkan Manusia Dengan Robot" - Syura Badron Respon Dakwaan Lagu AI Lebih Sedap Didengar

Astro Gempak syura laguai

Sekilas

  • Syura Badron beri respon terhadap perdebatan penggunaan AI dalam industri muzik, menegaskan perbandingan antara manusia dan AI tidak adil kerana kedua-duanya berbeza sifat.
  • Syura menjelaskan artis perlu usaha sendiri untuk hasilkan seni, dan tidak wajar lagu AI dibandingkan dengan nyanyian manusia yang ada kekurangan semula jadi.
  • Penyanyi itu juga berkongsi dia sedang menyiapkan lagu baru dan berharap dapat merilisnya tidak lama lagi.
Advertisement

Penyanyi Syura Badron tampil memberikan respons selepas tercetus perdebatan mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam industri muzik.

Menerusi ruangan komen di media sosial, Syura menjawab pandangan seorang netizen yang mendakwa lagu dihasilkan AI lebih sedap didengar berbanding nyanyian sesetengah artis.

Advertisement

"Yang kata lagu AI takde jiwa.. Bullsh*t.. Korang hanyalah artis sendu yang lemah ditewaskan AI," tulis netizen tersebut.

Bagaimanapun, Syura berpandangan perbandingan antara manusia dan teknologi AI tidak wajar dilakukan kerana kedua-duanya mempunyai sifat yang berbeza.

"Saya artis sendu bang, tapi alhamdulillah belum pernah nyanyi ber-referencakan nyanyian AI.

"Kita buat homework, keluar duit sendiri untuk hasilkan seni tu... tapi jgnla bandingkan manusia dgn robot, sgt tidak adil," tulisnya.

Dalam masa sama, seorang lagi pengguna media sosial berpendapat nyanyian AI kedengaran lebih merdu berbanding sesetengah penyanyi masa kini.

"AI sedap di telinga.. nyanyi merdu... suara artis skrg bnyk yg xbest.. sakit di telinga," tulis individu tersebut.

Menjawab komen berkenaan, Syura sekali lagi menegaskan perbandingan sedemikian tidak adil.

"Sbb tu saya cakap td, tak adil utk compare manusia dgn robot.. kalau dah namanya manusia, mmg akan ada kekurangan. Just don't compare ok," tulisnya.

Pada masa sama, penyanyi lagu Nazam Lebaran itu turut memberi bayangan bahawa dia kini sedang dalam proses menyiapkan lagu baharu apabila ditanya peminat mengenai perkembangan terkininya.

"Kalau boleh harini juga saya nk release sis," tulisnya berseloroh.

Anda mungkin berminat dengan

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video

Advertisement