Skip to main content

Hiburan

“Tak Apa Aunty Belanja…” - Dari Intai-Intai Nak Minta ‘Autograph’, Siti Nurhaliza Bagi Peminat Cilik Makan Percuma

Siti Nurhaliza

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyorot perhatian netizen selepas berkongsi momennya menyantuni peminat-peminat ciliknya. 

Menerusi satu hantaran di Instagram, Siti berkongsi gelagat comel sekumpulan kanak-kanak yang pada awalnya hanya memerhati dari jauh sebelum memberanikan diri untuk mendekati dan meminta tandatangan daripadanya.

“Awalnya intai-intai dari jauh 👀, Ingatkan sekadar tengok @ctdk makan. Sekali rupanya nak minta sign lahhhh 🤣🤣Buku koyak pun takpe ye dik!! 😝

“Comel betul adik-adik ni 💖Belajar rajin-rajin ya, semoga berjaya dan membanggakan keluarga,” tulisnya di ruangan kapsyen. 

Lebih menarik, Siti turut meluangkan masa untuk bergambar dan mempelawa mereka untuk menikmati makan tengah hari bersama di restoran tersebut. 

 Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu dan kagum dengan keperibadian Siti yang disifatkan kekal merendah diri

“Bestnya ❤️ sebab itulah TokTi disayangi ramai ❤️.

“Alhamdulillah murah rezeki Biduanita Negara Siti Nurhaliza.

“Masya-Allah comel betul gelagat adik-adik ni.

“Mesti mak budak-budak tu makan hati, anak dapat jumpa Biduanita siap kena belanja makan.

“Tak apa la, aunty belanja. sweet betul.

“Nasib baik ada video, kalau tidak mesti mak Amad tak percaya anak dia jumpa TokTi,” komen netizen. 

Anda mungkin berminat dengan

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Must Watch Video

Advertisement