Skip to main content
Advertisement

Viral

"Tak Berjanji Pun, Tak Merancang Apa-Apa" - Abby Abadi Kongsi Marissa Dania Datang Membantu, Beri Bayangan Hubungan Kembali Jernih

ASTRO GEMPAK marissa abby

Sekilas

  • Pelakon Abby Abadi berkongsi momen manis bersama anaknya, Marissa Dania, yang membantu menguruskan pakaian sambil memberi bayangan tentang koleksi baju baru.
  • Abby memaklumkan dia sedang sibuk dengan projek pakaian dan berhasrat untuk menjual koleksi tersebut jika diberi izin.
  • Perkongsian itu mendapat perhatian ramai dengan ribuan tanda suka dan komen, serta menguatkan lagi hubungan ibu dan anak yang sebelum ini pernah menjadi tumpuan netizen.
Advertisement

Pelakon Abby Abadi mencuri perhatian apabila berkongsi momen bersama anaknya, Marissa Dania menerusi satu hantaran di Threads pada Khamis.

Menerusi perkongsian itu, Abby memaklumkan Marissa datang membantu menguruskan pakaian sambil memberi bayangan dia sedang merancang sesuatu berkaitan koleksi baju miliknya.

Advertisement

"Anak Mama Marissa Dania datang menolong semalam. Sajalah bagitahu hihi... tak berjanji pun. Tak merancang apa-apa? Saya sedang sibuk nak main kain semula... tapi tetap juga tersama bajunya... comelkan baju kami.

"Doakan kalau ALLAH izinkan, akan jual nanti hehe... semua nak jual skrg," tulisnya.

Perkongsian itu turut disertakan beberapa foto memperlihatkan Abby dan Marissa meluangkan masa bersama.

Advertisement

Dalam hantaran sama, Abby turut mengusik pengikutnya apabila memberi bayangan mereka ditemani seseorang ketika keluar makan.

"Ok sambung next post... kami gi makan... ada yang ajak je terus sampai, teka siapa?" tulisnya lagi.

Hantaran berkenaan menerima perhatian ramai dengan ribuan tanda suka dan ratusan komen daripada netizen yang rata-ratanya mendoakan hubungan ibu dan anak itu terus erat.

Terdahulu, hubungan Abby dan Marissa kembali menjadi perhatian ramai selepas dua beranak itu dilihat memuat naik beberapa luahan berkaitan kemelut keluarga mereka di media sosial.

Anda mungkin berminat dengan

INDIAN SWEETS ( BADAM MILK KATLI)

INDIAN SWEETS ( BADAM MILK KATLI)

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

[New set collection] hot trend t-shirt models Mixed with umi welded flared pants with hacked shape

[New set collection] hot trend t-shirt models Mixed with umi welded flared pants with hacked shape

McJoden - PRINCESS (3Layers) Tutu Tulle Skirts Elastic High Waist Long Skirt Women's Tutu Maxi Pleated Skirt

McJoden - PRINCESS (3Layers) Tutu Tulle Skirts Elastic High Waist Long Skirt Women's Tutu Maxi Pleated Skirt

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

Must Watch Video

Advertisement