Skip to main content

Viral

"Tak Boleh Dedah Aurat Kalau Dah Peluk Islam" - Seminggu Jadi Mualaf, Kekasih Ben Amir Ditegur Netizen

maiya

Sekilas

  • Maiya atau Liana Alana, kekasih pelakon Ben Amir, berkongsi mesej teguran tentang aurat selepas memeluk Islam minggu lalu.
  • Maiya membalas dengan kapsyen 'LOL' dan menyatakan dia masih dalam proses belajar sebagai mualaf baru.
  • Pengikutnya memberi sokongan dan nasihat supaya mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan ajaran Islam secara berperingkat.

Wanita yang didakwa kekasih kepada pelakon Ben Amir, Maiya atau nama Islamnya Liana Alana tampil berkongsi paparan skrin kiriman mesej daripada pengguna media sosial.

Dalam hantaran terbabit, Maiya ditegur tentang aurat selepas memeluk Islam minggu lalu.

“Liana rambut tu aurat, awak tak boleh dedah aurat kalau dah peluk agama Islam astafirullahallazin…

"Awak tak boleh dedah aurat kalau dah peluk agama Islam tak baik," tulis pengguna terbabit.

Maiya menerusi hantaran di Threads membalas kiriman mesej itu dengan kapsyen ringkas, 'LOL', seakan-akan memberikan gambaran kata-kata itu terlalu menekan dirinya sebagai seseorang yang baru sahaja memeluk Islam.

“One week into Islam and apparently I’m expected to be a fully upgraded, fully downloaded, 100% complete version already," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, seorang pengguna menasihatkannya supaya mengambil masa untuk belajar.

“Indeed. Hair & full body are aurat except for face and hands. But as a new believer, take your time. Slowly but surely.”

Reaksi itu menerima pelbagai respon daripada pengikutnya yang rata-rata memahami situasi Maiyaa sebagai mualaf yang sedang melalui proses pembelajaran.

Ramai turut memuji caranya menangani teguran dengan tenang tanpa mencetuskan perbalahan, selain terus memberi sokongan agar perjalanan baharunya dalam Islam berlangsung dengan baik dan berperingkat.

10 November lalu, Liana ditemani Ben hadir ke pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kuala Lumpur untuk lafaz dua kalimah syahadah.

Must-Watch Video

Advertisement