Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida menyorot perhatian netizen selepas berkongsi momen ketika menghadiri Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza, baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Threads, Shahida atau nama lengkapnya, Nur Shahida Mohd Rasid berseloroh dengan menyamakan situasi dirinya seperti membawa anak kecil menonton konsert.
“Mama macam bawak Yusoff pergi tengok konsert ya. Tak boleh duduk diam, kejap-kejap hilang. Dia ingat ni konsert dia kot,” katanya berseloroh.
Gelagat Aliff Syukri yang tidak duduk diam sepanjang konsert itu nyata mencuri perhatian dan mengundang tasa netizen.
Rata-rata pengikut turut terhibur dengan keletah pasangan tersebut yang sering dikenali dengan sikap ceria dan spontan di media sosial.
"Dia kan penyanyi no satu.
"Hahaha mengalahkan Yusoff ye Datin.
"Artıs no 1 hadir bagi support," komen netizen.