Sekilas
- Erma Fatima beri pesanan kepada anaknya, Ain, dan bakal menantu, Haziq, supaya jaga batas pergaulan sepanjang tempoh pertunangan.
- Erma akui sukar membesarkan anak perempuan dan minta Haziq beri ruang untuk dia jalankan tanggungjawab sebagai ibu sehingga hari pernikahan.
- Erma tekankan pertunangan bukan tiket bebas bersama, walaupun Ain dan Haziq ada bisnes bersama, mereka perlu kekal jaga adab dan batas.
Penerbit dan pelakon Erma Fatima berkongsi pesanan penuh bermakna buat anak perempuannya, Ain serta bakal menantunya, Haziq, agar terus menjaga batas pergaulan sepanjang tempoh pertunangan.
Menerusi perkongsian video di TikTok adiknya, Datin Seri Umie Aida, Erma Erma mengakui bukan mudah membesarkan seorang anak perempuan sehingga ada kalanya tindakannya yang terlalu mengawal mungkin dirasakan sebagai satu tekanan buat Ain.
“Bukan mudah untuk menjaga seorang anak perempuan dan itulah yang saya usahakan untuk Ain. Dan saya tahu mungkin satu penyeksaan buat dia juga apabila dia terlalu dikawal oleh saya.
“Dan saya mohon daripada Haziq agar berilah peluang untuk saya merasa dan menikmati hak saya sebagai seorang ibu sehingga ke hari pernikahan itu.
“Yang mana saya masih tidak merelakan atau mengizinkan anak saya berdua keluar selagi belum dihalalkan. Jadi mama harap Haziq faham,” katanya.
Dalam masa sama, Erma turut mengingatkan status pertunangan bukanlah tiket untuk pasangan bebas melakukan apa sahaja bersama kerana mereka masih belum sah sebagai suami isteri.
Menurutnya, meskipun Ain dan Haziq kini mempunyai urusan perniagaan bersama, kedua-duanya tetap perlu menjaga adab dan batas pergaulan.
“Apatah lagi sekarang dah ada bisnes bersama-sama, mungkin ada laluan untuk bersama-sama, tetapi tolonglah jaga batasnya kerana sekali lagi saya ingatkan ini hanya pertunangan mengikut adat, belum lagi halal dari segi hukum.
“Ke hari ini, seusia ini, saya masih belum mengizinkan dia untuk tidur di rumah sesiapa pun, mahupun keluar bersama Haziq berdua saja. Itu mama rasa Haziq tahu.
“Dan mama minta Haziq dan Ain sedar bahawa ini hanya pertunangan. Pertunangan sebagai syarat dalam adat. Dia belum lagi menghalalkan hukum.
“Sepenuhnya masih lagi Ain berada di dalam jagaan saya dan hak saya. Saya minta agar Haziq dan Ain juga untuk menjaga batas dan bermakna pertunangan ini boleh menghalalkan untuk keluar bersama-sama tanpa batas,” katanya lagi.
asyikinmayudin's profile picture umieaida9 umie aida 735 posts 914K followers 1,277 following Public figure Musollah Aisya - +601156915818 Lisa Majlis Ilmu Musollah Aisya di Telegram. (Muslimat only) Klik link... more t.me/MusollahAisya Followed by _noorzlkha, zakyagdeen + 53 more Meta About Blog Jobs Help API Privacy Terms Locations Popular Instagram Lite Meta AI Threads Contact Uploading & Non-Users Meta Verified English English © 2026 Instagram from Meta ermafatima's profile picture umieaida9's profile picture umieaida9 and 2 others Original audio Liked by iamminyasmin and 29.6K others Alhamdulilah.. selesai majlis pertunangan anak erma fatima. ❤️ #majlispertunangan #klasik 1d ❤️❤️❤️❤️❤️ 22h2 likesReply ❤️❤️❤️❤️ 1d4 likesReply ❤️❤️❤️ 1d7 likesReply Tahniah kakak 😍 23h26 likesReply MasyaALLAH Tahniah kak Ermaa dan Ainn 1d177 likesReply Loveeee❤️ 1d5 likesReply Alhamdulillah ❤️❤️❤️❤️ 23h3 likesReply MasyaAllaah terbaik @ermafatima sebagai ibu. 😍😍😍😍 contoh yg terbaik buat semua ibu2 1d28 likesReply MasyaAllah..Tahniah Erma & Ain🩷💕. Semoga sentiasa didalam Rahmat dan lindungan Allah SWT.. 1d38 likesReply proud of you ain @cintaainasofea ❤️ 21h8 likesReply Cantik Ain 🩷🩷 selamat bertunang 1d10 likesReply ❤️❤️ 1d1 likeReply ❤️❤️❤️ betul kata seorang mak 1d6 likesReply Subhanallah cantiknya anak erma😍..semoga Allah selalu melindunginya❤️❤️❤️ 1d11 likesReply Mahbroookkkk kak @ermafatima sekeluarga. Semoga semuanya berjalan dgn lancar and di mudahkan. Amin ya rabb. 1d16 likesReply This reel has 613 comments from Facebook. 1 day ago Add a comment…
Include caption By using this embed, you agree to Instagram's API Terms of Use.