Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Tak Buat ‘Gender Reveal’ Atau Tayang Baby Bump, Netizen Puji Pendekatan Fattah Amin & Amira Othman

Astro Gempak 229

Sekilas

  • Fattah Amin dan Amira Othman dipuji kerana memilih untuk tidak mengikuti trend gender reveal atau pendedahan kehamilan secara terbuka sepanjang tempoh mengandung.
  • Netizen menghargai pendekatan sederhana pasangan ini dalam meraikan kehamilan dan kelahiran anak sulung mereka tanpa terlalu berkongsi detik peribadi di media sosial.
  • Amira baru sahaja melahirkan bayi lelaki bernama Muhammad Jarir Umar, dan Fattah berkongsi berita gembira tersebut di Instagram mereka.
Advertisement

Pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman meraih pujian ramai netizen apabila memilih untuk tidak mengikut trend gender reveal atau pelbagai pendedahan sepanjang fasa kehamilan sebelum menimang cahaya mata sulung.

Menerusi satu perkongsian dalam Threads, seorang pengguna media sosial menyifatkan tindakan pasangan itu sebagai contoh yang baik kepada masyarakat.

Advertisement

“Sesungguhnya artis sangat memberi contoh kepada masyarakat.

“Di saat Amira Othman tidak membudayakan gender reveal, tak dedah baby bump, tak buat pregnancy reveal ketika kandungan tujuh bulan dan masih gigih mencari rezeki.

“Semoga ia menjadi satu budaya yang perlu diikut. Jangan menormalisasikan perkara yang tak sepatutnya dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim,” tulis pengguna tersebut.

fdsgh

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada warga maya yang memuji pendekatan Fattah dan Amira yang memilih untuk meraikan kehamilan serta kelahiran cahaya mata secara lebih sederhana.

Rata-rata berpendapat setiap pasangan mempunyai hak untuk menentukan sendiri sejauh mana mereka mahu berkongsi detik peribadi bersama orang ramai tanpa perlu mengikut trend media sosial.

Untuk rekod, Amira baru-baru ini selamat melahirkan bayi lelaki.

Fattah turut berkongsi khabar gembira itu menerusi Instagram dengan memperkenalkan nama penuh putera sulung mereka, Muhammad Jarir Umar.

Fattah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Sepang.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Eucerin Spotless Brightening Cleansing Foam 50g/150g | Brighten & Cleanse | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Cleansing Foam 50g/150g | Brighten & Cleanse | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Natalie Comfy Fit Footbed Microfiber Leather Heels

Natalie Comfy Fit Footbed Microfiber Leather Heels

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

Torriden Dive-In Soothing Cream

Torriden Dive-In Soothing Cream

Must Watch Video

Advertisement