Sekilas
- Jurusolek Kevin Lee berkongsi produk kecantikan pelbagai jenama yang digunakan untuk solekan anggun Masira Yasmin, dari jenama mampu milik hingga mewah.
- Produk yang digunakan merangkumi penjagaan kulit, asas solekan, pemerah pipi, solekan mata, hingga bibir, termasuk bulu mata palsu rekaannya sendiri.
- Perkongsian Kevin mendapat sambutan hangat dengan lebih 26,000 tanda suka dan pujian kerana sikapnya yang tidak berkira berkongsi rahsia solekan.
Penampilan anggun Masira Yasmin yang mencuri perhatian ramai baru-baru ini terus menjadi bualan, terutama dalam kalangan peminat kecantikan yang ingin mengetahui rahsia di sebalik solekan wajahnya.
Menariknya, jurusolek Kevin Lee tampil berkongsi satu persatu produk yang digunakan bagi menghasilkan penampilan berkenaan, sekali gus menuai pujian daripada pengguna media sosial.
Menerusi perkongsian di Threads, Kevin mendedahkan bahawa solekan tersebut menggunakan pelbagai produk kecantikan, daripada jenama mampu milik sehinggalah jenama mewah antarabangsa.
“Ini antara produk yang saya gunakan untuk menghasilkan penampilan Yasmin. Dan ya, memang agak banyak!” tulisnya.
Antara produk penjagaan kulit yang digunakan termasuk Skintific Niacinamide Brightening Daily Mask, Bobbi Brown Vitamin Enriched Eye Cream & Primer, Charlotte Tilbury Magic Cream serta Hermès Nourishing Lip Care Mask.
Bagi menghasilkan asas solekan yang kemas, Kevin menggunakan gabungan produk daripada Clé de Peau Beauté, Guerlain, MAC dan Kosas.

Tidak terhenti di situ, jurusolek berkenaan turut menyenaraikan produk pemerah pipi daripada NUDestix, Hourglass dan Yves Saint Laurent, selain bedak tabur Huda Beauty.
Untuk bahagian mata pula, Kevin menggunakan produk daripada Chanel Beauty, Maybelline, Browit, NARS dan L'Oréal Paris, termasuk bulu mata palsu yang direka khas olehnya.
Sementara itu, solekan bibir Yasmin disempurnakan menggunakan beberapa produk Charlotte Tilbury dan pengilat bibir Rare Beauty.

Perkongsian terperinci tersebut ternyata mendapat perhatian ramai apabila hantaran utama Kevin meraih lebih 26,000 tanda suka ketika tangkap layar berkenaan dirakam.
Malah, rata-rata pengguna Threads memuji sikap Kevin yang tidak keberatan mendedahkan produk serta teknik pemilihan solekan kepada orang ramai.
“Wowww the best. Tak gatekeep langsung. Semoga makin murah rezeki you,” komen seorang pengguna.
“The king of anti gatekeep!!!! THANK YOU FOR THIS,” tulis seorang lagi.
Kevin turut meluahkan rasa terharu apabila hasil kerjanya menerima sambutan positif daripada orang ramai.
“Sangat bermakna buat saya apabila melihat penampilan ini menerima begitu banyak kasih sayang. Saya benar-benar bersyukur atas segala sokongan,” tulisnya.
Sumber: Threads Kevin Lee