Sekilas
- Hussain tidak meletakkan pemakaian tudung sebagai syarat utama dalam memilih pasangan, sebaliknya menghargai wanita yang menghormati ibu bapa, berakhlak baik, dan mempunyai personaliti comel.
- Dia lebih suka wanita yang bersikap low profile dan tidak menunjuk-nunjuk, serta mengutamakan pendekatan gentleman dalam hubungan.
- Hussain juga gemar menunjukkan kasih sayang melalui perbuatan, seperti mengambil berat ketika keluar bersama pasangan, dan menganggap pasangan seperti adik sendiri.
Penyanyi, Hussain tidak meletakkan pemakaian tudung sebagai ukuran utama dalam memilih wanita untuk dijadikan pasangan.
Sebaliknya, Hussain mengakui tiga perkara paling penting baginya adalah wanita tersebut menghormati ibu bapa, mempunyai akhlak yang baik serta memiliki personaliti yang cantik dan comel.
“Saya sebenarnya tiga sahaja yang penting, hormat ibu bapa, baik, cantik serta comel.
“Saya tak kisah bertudung atau tidak, yang penting akhlak kena cantik dan jaga mak ayah. Itu paling penting,” katanya.
Hussain berkongsi perkara tersebut bersama hos, Daniel Cheang ketika muncul dalam program terbaharu Astro, Meet Your Idol.
Dalam pada itu, pelantun lagu Takkan Pernah itu juga mengakui dia meminati wanita yang bersikap low profile dan tidak terlalu menunjuk-nunjukkan diri.
“Dan satu lagi, saya sebagai gentleman, saya tak suka perempuan try saya. Biar saya yang try dia.
“Kalau saya tak sedar kehadiran dia, maksudnya tiada rezeki. Saya suka perempuan yang low profile, senyap-senyap sampai saya sedar kehadiran dia.
“Saya tak suka yang menunjuk-nunjuk sangat. Sebab saya pun jenis tenang-tenang,” ujarnya.
Lebih menarik, Hussain turut mendedahkan dirinya seorang yang gemar menunjukkan kasih sayang melalui perbuatan atau act of service apabila bersama pasangan.
“Kalau dating dengan saya, saya ni macam abang-abang sikit. Kalau keluar makan, saya yang akan ambilkan makanan.
“Sebab saya ni act of service. Kalau saya keluar dengan perempuan, saya akan anggap dia macam adik saya,” katanya.
Sekadar info, Meet Your Idol merupakan program realiti berkonsep pertandingan yang menguji para peminat tegar melalui cabaran-cabaran di luar jangkaan demi merebut pengalaman eksklusif sekali seumur hidup bersama selebriti idaman mereka.
Dikendalikan oleh Daniel Cheang, Meet Your Idol menampilkan barisan selebriti popular seperti Zarif Ghazzi, Firdhaus Farmizi, Aisha Retno, ALPHA, Amin Abid, Hussain, DOLLA dan Aina Abdul.
Meet Your Idol bersiaran setiap Khamis, jam 11 malam di Astro Ria dan Sooka.
Foto: CuriCuriKlik