Skip to main content

Selebriti

Tak Kisah Pakai Kasut Tiada Jenama, Suami Atikah Suhaime Dipuji 'Humble' - “Susah Nak Jumpa Orang Kaya Macam Datuk Ambil Kisah Fasal Boikot”

 Tak Kisah Pakai Kasut Tiada Jenama, Suami Atikah Suhaime Dipuji Humble

Suami kepada pelakon Datin Atikah Suhaime, iaitu Datuk Lokman Teh, sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila menunjukkan sikap rendah diri dan tidak sombong menerusi perkongsiannya di media sosial baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Threads, Lokman mendedahkan bahawa dua pasang kasut yang dibelinya menerusi platform e-dagang Temu sejak dua bulan lalu kini sudah rosak.

Advertisement

Bagaimanapun kata Lokman, dia tidak kisah mengenai perkara itu kerana baginya kasut boleh diganti namun yang lebih penting adalah mengekalkan pendirian untuk terus menyokong kempen boikot terhadap jenama milik Zionis.

“Semalam dah check dua kasut yang saya beli dekat Temu sejak dua bulan lalu dah confirm busuk tahap teruk! 

“Sampai kaki saya busuk gila, tak boleh nak pakai dah. Saya tahu itu kasut murah sebab itu cepat busuk, tapi tak mengapa.

“Janji keep strong boycott dulu yang lain. Pagi tadi dah shoppping tiga kasut baharu dan lima baju t-shirt di Temu,” kongsinya.

Walaupun Lokman berseloroh tentang kasutnya yang rosak, namun netizen memuji tindakannya yang kekal menyokong kempen boikot selain tetap berbelanja di platform alternatif

Malah menerusi komen yang diberikan, rata-rata netizen terharu dengan keikhlasan dan keprihatinan Lokman terhadap isu berkenaan.

Sebelum ini, Lokman dan Atikah sering menjadi perhatian netizen kerana sikap mesra dan sederhana mereka walaupun bergelar usahawan berjaya.

Must-Watch Video

Advertisement