Skip to main content
Advertisement

Kecantikan

Tak Lagi Terhad Wanita Bujang, Miss Universe Malaysia 2026 Buka Penyertaan Ibu Tunggal, Balu Hingga Usia 50 Tahun

Tak Lagi Terhad Wanita Bujang, Miss Universe Malaysia 2026 Buka Penyertaan Ibu Tunggal, Balu Hingga Usia 50 Tahun

Sekilas

  • Miss Universe Malaysia 2026 kini membuka penyertaan kepada wanita berusia 18 hingga 50 tahun, termasuk yang sudah berkahwin, ibu tunggal, dan balu.
  • Perubahan ini diperkenalkan oleh Ratu Prestigious Event Management dengan fokus pada kematangan, pengalaman, dan kekuatan jiwa peserta, bukan hanya penampilan fizikal.
  • Pencarian peserta sudah bermula sejak Ogos dengan sesi uji bakat fizikal dan dalam talian, dan pemenang akan mewakili Malaysia di Miss Universe 2026 di Puerto Rico.
Advertisement

Pencarian Miss Universe Malaysia 2026 (MUM2026) tampil dengan perubahan besar apabila penyertaan kini dibuka kepada wanita berusia sehingga 50 tahun.

Bukan itu sahaja, pertandingan berprestij berkenaan tidak lagi terhad kepada wanita bujang apabila mereka yang sudah berkahwin, ibu tunggal mahupun balu turut berpeluang merebut mahkota berkenaan.

Advertisement

Syarat baharu menetapkan peserta berusia antara 18 hingga 50 tahun dan merupakan warganegara Malaysia atau mempunyai pertalian darah Malaysia.

Perubahan tersebut diperkenalkan selepas penganjuran Miss Universe Malaysia 2026 kini berada di bawah naungan Ratu Prestigious Event Management (RPEM) yang diterajui Presidennya merangkap Pengarah Kebangsaan Miss Universe Malaysia 2026, Ayu Omar.

Menurut Ayu, pendekatan lebih inklusif itu dibuat kerana pihaknya mahu pencarian wakil Malaysia tidak hanya tertumpu kepada penampilan fizikal atau status seseorang wanita.

Sebaliknya, kematangan, pengalaman kehidupan, kekuatan jiwa dan kemampuan memberikan inspirasi turut menjadi antara perkara yang diberikan perhatian.

“Saya amat berbesar hati apabila diberi kepercayaan untuk menerajui Miss Universe Malaysia 2026. Bagi saya, amanah ini bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Ia merupakan satu perjalanan besar yang membawa bersama harapan seluruh rakyat Malaysia.

“Oleh itu, kami menetapkan penanda aras yang tinggi dalam usaha mencari seorang wanita yang bukan sahaja menawan dari segi penampilan, malah memiliki kecerdasan, keteguhan hati, keperibadian yang baik serta keberanian untuk berdiri di pentas dunia,” katanya.

Ayu berkata, Malaysia mempunyai ramai wanita daripada pelbagai latar belakang yang mempunyai potensi untuk membawa nama negara ke peringkat antarabangsa.

“Malaysia mempunyai begitu ramai wanita hebat dan berkaliber yang layak untuk bersinar di peringkat antarabangsa. Mereka datang daripada pelbagai latar belakang dan membawa kisah kehidupan tersendiri yang penuh kekuatan serta inspirasi.

“Justeru, kami memperluaskan syarat penyertaan pada tahun ini kerana kami benar-benar mahu mencari seorang pemenang yang mempunyai pakej lengkap dan bersedia memberikan saingan terbaik di pentas Miss Universe,” katanya ketika sidang media pengenalan MUM2026 di Holiday Inn Bangsar, Kuala Lumpur.

Pencarian peserta sebenarnya sudah bermula sejak Ogos lalu dengan sesi uji bakat fizikal berlangsung pada 16 Ogos.

Antara panel penilai yang terlibat ialah Ayu, penasihat fesyen Bon Zainal, model Sharwita serta pereka fesyen Zamri Mat.

Sesi uji bakat dalam talian kemudian diadakan dari 17 hingga 19 Ogos bagi memberikan peluang kepada calon yang tidak dapat menghadiri sesi secara fizikal.

Menurut Ayu, sambutan yang diterima turut menyaksikan beberapa individu berpengalaman dalam dunia ratu cantik kembali mencuba nasib bersama wajah-wajah baharu.

“Kami yakin para peserta yang ditampilkan dalam MUM2026 mampu mengangkat martabat industri ratu cantik Malaysia ke tahap yang lebih membanggakan.

“Mereka hadir bukan sekadar membawa kecantikan, tetapi juga cita-cita, ketabahan dan impian untuk mengharumkan nama negara. Mereka mempunyai kualiti serta pakej yang mengagumkan dan kami percaya dunia akan melihat kemampuan sebenar wanita Malaysia,” katanya.

Semua peserta terpilih memulakan perjalanan mereka menerusi sesi orientasi pada 9 September sebelum Minggu Pertandingan bermula 28 September.

Pusingan awal dijadualkan pada 30 September, manakala kemuncak Miss Universe Malaysia 2026 berlangsung pada 2 Oktober.

Pemenang kemudiannya bakal membawa nama Malaysia ke pertandingan Miss Universe 2026 yang dijadualkan berlangsung di Puerto Rico pada November.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

Seluar Wanita Palazzo Straight Cut Slack Pant With Pocket - Straight Cut 1993

Seluar Wanita Palazzo Straight Cut Slack Pant With Pocket - Straight Cut 1993

adidas Lifestyle Run 84 Shoes Men Beige JI4869

adidas Lifestyle Run 84 Shoes Men Beige JI4869

Clashe Seluar Jeans Wanita Loose Straight Cut Casual Fashion Mopping Women Palazzo Denim Pants Perempuan Baggy Jeans

Clashe Seluar Jeans Wanita Loose Straight Cut Casual Fashion Mopping Women Palazzo Denim Pants Perempuan Baggy Jeans

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

Must Watch Video

Advertisement