Skip to main content

Hiburan

Tak Lagi Terima Duit Raya, Ray-D Kini Sedia Bajet Untuk Anak Buah - “Dah Kena Start Fikir…”

RAYD

Sekilas

  • Ray-D dari kumpulan ALPHA berkongsi pengalaman beraya Aidilfitri pertama sebagai pekerja yang perlu menyediakan duit raya untuk keluarga.
  • Dia memilih untuk merahsiakan jumlah peruntukan duit raya yang disediakan bagi ahli keluarga terdekat.
  • Ray-D akan fokus beraya bersama keluarga dan saudara-mara, serta mungkin bertemu peminat jika ada kesempatan dan rezeki.
Advertisement

Penyanyi, Ray-D yang juga merupakan ahli kumpulan ALPHA mengakui sambutan Aidilfitri tahun ini sedikit berbeza buat dirinya. 

Menurut RayD atau nama sebenarnya, Ariff Hilmy Muhammad Amir apabila sudah memasuki alam pekerjaan, dia perlu menyediakan peruntukan khas bagi memberi duit raya kepada ahli keluarga terdekat.

“Tahun ini bukan sedikit perbezaannya, banyaklah bagi saya sebab tahun ini adalah tahun pertama saya beraya sebagai ALPHA. Dan saya pun dah masuk dalam bekerja. 

“Jadi dah kena start fikir untuk bagi duit raya untuk anak-anak buah,sebab selalu saya je yang claim duit raya tapi kali ini saya yang kena bagi duit raya kat orang,” katanya kepada Gempak. 

Bagaimanapun, penyanyi itu memilih untuk merahsiakan jumlah sebenar yang diperuntukkan bagi tujuan tersebut.
 

“Kalau boleh saya nak rahsiakan berapa nilai tu tapi adalah budget untuk bagi duit raya,” ujarnya. 

Berkongsi mengenai perancangannya sepanjang Aidilfitri, Ray-D berkata dia lebih mahu memberi fokus kepada keluarga serta saudara-mara terlebih dahulu.

Advertisement

Namun, jika mempunyai kesempatan dan rezeki, dia tidak menolak kemungkinan untuk bertemu dengan peminat ketika musim perayaan nanti.

“Untuk masa sekarang, saya focus more on family and sedara mara dulu tapi if ade rezeki mungkin boleh bersemuka la dengan peminat time raya juga,” tambahnya. 

 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement