Skip to main content

Selebriti

Tak Lokek Ilmu, Lufya Kongsi Tips Yang Diamalkan Untuk Anak Jadi Tinggi - “Setahun Rutin Ini, Anda Akan Terkejut Dengan Hasilnya”

Tak Lokek Ilmu, Lufya Kongsi Tips Yang Diamalkan Untuk Anak Jadi Tinggi

Ringkasan AI

  • Lufya Omar berkongsi rutin pemakanan untuk memastikan anak perempuannya, Haura, membesar dengan sihat dan tinggi.
  • Haura yang hampir 8 tahun kini hampir menyamai ketinggian Lufya yang 168 cm.
  • Rutin pemakanan termasuk banyak protein, sayur hijau, susu pagi dan malam, serta air rendaman saffron untuk khasiat tambahan.
  • Lufya juga menekankan pentingnya cukup minum air, tidur berkualiti, dan pengambilan suplemen fish oil untuk otak, jantung, dan mata.
  • Aktiviti fizikal seperti taekwando dan berenang turut disarankan untuk membantu tumbesaran dan postur badan anak.

Penyanyi dan pelakon, Lufya Omar, berkongsi  tips atau rutin pemakanan yang diamalkan untuk memastikan anak perempuannya, Haura, membesar dengan sihat.

Tidak lokek berkongsi ilmu, Lufya mendedahkan bahawa Haura yang kini berusia hampir lapan tahun sudah hampir menyamai ketinggian dirinya. 

Menurut Lufya, aspek pemakanan memainkan peranan penting dalam tumbesaran anak-anak terutamanya sumber protein dan sayuran hijau

“Tips anak tinggi, setahun rutin ini anda akan terkejut dengan hasilnya. Haura hampir 8 tahun tapi dah dekat cecah bahu Lufya.Saya 168 cm, masya-Allah.

“Nombor satu pamakanan, saya kasi banyak makan daging dan sumber protein. Banyak juga makan sayur, bendi, bayam, terung. Perkenalkan makanan baru setiap minggu,” kongsinya.

Malah Lufya juga akan memastikan anaknya minum air mencukupi dan mendapat tidur yang berkualiti selain mengamalkan pengambilan fish oil sebagai suplemen tambahan untuk otak, jantung dan mata.

Lebih menarik lagi, Lufya memaklumkan dia membekalkan air rendaman saffron untuk diminum Haura ketika di sekolah bagi menambah khasiat harian.

“Beri cukup air dan cukup tidur itu penting! Supplement fish oil untuk otak, jantung, mata dan peredaran darah yang baik. Saya tengok selera makan dia pun jadi bagus.

“Susu setiap pagi dan malam sebelum tidur itu wajib. Susu membentuk tulang yang kuat. Masa kecil ni bagilah minum banyak banyak.

“Bila pergi sekolah saya bawakkan air yang direndam saffron ke dalam botol air dia,” kongsinya.

Selain pemakanan, Lufya turut menekankan kepentingan aktiviti fizikal dalam membantu tumbesaran anak-anak.

“Kedua, senaman dan regangan otot membantu untuk ketinggian dan postur badan. Taekwando, berenang, salah satu sukan yang sangat baik untuk tumbesaran anak. 

“Memanjang kaki dia, atau korang cuba setahun rutin ini, anda akan terkejut dengan hasilnya,” coretnya.

Berikut merupakan perkongsian penuh Lufya:

Must-Watch Video

Advertisement