Skip to main content

Filem

Tak Mahu Bergantung Pada Dialog, Clara Bernadeth Pertaruhkan Ekspresi Wajah Untuk Sampaikan Watak ‘Arini’ Dalam Badut Gendong

Astro Gempak 248

Sekilas

  • Clara Bernadeth berkongsi cabaran membawakan watak Arini dalam filem seram aksi Badut Gendong yang memerlukan ekspresi dan bahasa tubuh tanpa bergantung pada dialog.
  • Watak Arini digambarkan sebagai individu berani yang memilih jalan benar walaupun sukar, dengan mesej keberanian bukan hanya melalui kekerasan.
  • Badut Gendong kini ditayangkan di pawagam Malaysia dan menggabungkan elemen seram dengan kisah kehilangan, cinta, dan trauma mendalam.
Advertisement

Pelakon Indonesia, Clara Bernadeth mengakui cabaran terbesar membawakan watak Arini dalam filem seram aksi Badut Gendong adalah menyampaikan emosi dan konflik dalaman wataknya tanpa terlalu bergantung kepada dialog.

Menurut Clara, dia perlu memastikan penonton dapat memahami segala yang dirasai Arini hanya menerusi ekspresi dan bahasa tubuh sepanjang filem.

“Sebagai pelakon, saya perlu mencari cara bagaimana untuk menyampaikan kepada penonton supaya mereka memahami apa yang dirasakan Arini dan apa yang berlaku dalam dirinya tanpa perlu dijelaskan melalui dialog.

“Pada saya, Arini ialah watak yang mempunyai hati nurani dalam cerita ini. Di tengah-tengah dunia yang penuh konflik, ketakutan dan kepentingan yang saling bertembung, Arini tetap memilih untuk melakukan perkara yang dianggapnya benar.

“Apa yang saya paling suka tentang Arini ialah dia tidak pernah kehilangan rasa empatinya sehingga ke penghujung cerita,” katanya.

Menurut Clara lagi, dia berharap watak tersebut dapat membuka mata penonton bahawa keberanian bukan semestinya diterjemahkan melalui kekerasan.

“Menerusi watak Arini, saya harap penonton dapat melihat bahawa keberanian bukan selalu bermaksud melawan dengan kekerasan, tetapi bagaimana kita tetap memilih jalan yang benar walaupun ia sukar dilakukan,” ujarnya.

Dalam masa sama, pelakon berusia 31 tahun itu berharap penonton Malaysia bukan sahaja menikmati elemen seram yang dipersembahkan, malah membawa pulang mesej mendalam yang ingin disampaikan filem tersebut.

“Saya berharap penonton Malaysia bukan sekadar membawa pulang pengalaman menonton, tetapi juga perasaan dan mungkin persoalan-persoalan yang masih bermain di fikiran selepas keluar dari pawagam.

“Bagi saya, Badut Gendong bukan sekadar filem seram yang menakutkan. Kami mahu menyampaikan kisah tentang kehilangan, cinta, pilihan-pilihan yang dibuat dalam hidup serta bagaimana manusia bertindak balas terhadap luka dan trauma yang mendalam,” katanya.

Badut Gendong yang merupakan sebahagian daripada Universe Qodrat kini sedang ditayangkan di pawagam Malaysia dengan menampilkan barisan pelakon seperti Marthino Lio, Clara Bernadeth, Dayinta Melira, Iskak Khivano, Vonny Anggraini dan Jose Rizal Manua.

Anda mungkin berminat dengan

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

Must Watch Video

Advertisement