Skip to main content

Hiburan

Tak Mahu Panjangkan Cerita, Ili Ruzanna Enggan Ulas Spekulasi…

Tak Mahu Panjangkan Cerita, Ili Ruzanna Enggan Ulas Spekulasi…

Sekilas

  • Ili Ruzanna memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai keputusannya meninggalkan Hitz FM selepas hampir sembilan tahun berkhidmat bagi mengelakkan spekulasi berterusan.
  • Hubungannya dengan bekas rakan penyampai di Hitz FM masih baik dan dia mengambil pendekatan tenang tanpa menambah cerita mengenai perkara tersebut.
  • Ili merancang untuk berehat seketika sebelum mencuba bidang lain seperti nyanyian dan lakonan, serta meluangkan masa bersama keluarga dan mengembara.
Advertisement

Penyampai radio, Ili Ruzanna memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai spekulasi yang timbul susulan keputusannya meninggalkan Hitz FM selepas hampir sembilan tahun berkhidmat dalam dunia radio.

Menurut Ili, dia tidak mahu kenyataan yang dikeluarkan membuka ruang kepada lebih banyak andaian ramai pihak. Tambah Ili, dia juga percaya bahawa setiap perkara yang berlaku mempunyai sebab yang tersendiri.

Advertisement

“Seperti yang saya katakan, saya tak mahu mengiya atau menidakkan apa-apa. Bukanlah kata tak kisah tetapi semua benda berlaku bersebab.

“Kadang-kadang, kita rasa yang sesuatu perkara itu akan kekal dalam hidup kita selamanya tapi kita kena ingat, Allah sudah menetapkan perancangan yang lain untuk kita, mungkin ada perkara lain yang telah disediakan untuk kita.

“Terus beri sokongan kepada saya and be happy for me,” katanya kepada Gempak.

Ili berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media lagu terbaharu penyanyi, Syasya Rizal yang bertajuk Different pada Jumaat.

Mengulas mengenai dakwaan dan spekulasi yang bertebaran di media sosial, Ili mengambil maklumkan mengenai perkara itu namun beranggapan tidak semua perkara perlu dijelaskan kepada umum.

Bagi Ili, bersikap tenang dan memilih untuk tidak menambah cerita adalah cara terbaik bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih besar.

“Saya rasa ramai yang sukakan gosip dan ‘tea’ dan itu adalah sesuatu yang tidak boleh dikawal tetapi su seperti ini akan ‘mati’ dan hilang dalam beberapa hari jadi begitulah ia.

“Pada saya, bila kita ‘move on’ dengan kebaikan adalah satu perkara yang sangat penting. Bak kata Ariana Grande, "Me and my truth, we sit in silence." Jadi, saya akan berpegang pada kebenaran saya dalam diam.

“Kalau kita cakap sesuatu atau sesuatu, saya takut orang akan macam memarakkan benda tu. Jadi, saya tak mahu. Saya adalah sejenis yang mahu semua orang jalani kehidupan masing-masing dan buat apa yang mereka rasa terbaik, insya-Allah,” katanya lagi.

Malah, Ili memaklumkan bahawa hubungannya dengan bekas rakan penyampai di Hitz FM juga masih baik.

“Tak ada masalah. Semuanya okey sahajax kami adalah kawan dalam industri.

“Kalau saya terserempak dengan mereka di mana-mana acara atau sebagainya, saya akan rasa seronok dan ia tidak menjadi masalah. Saya juga harap mereka merasakan perkara yang sama terhadap saya,” ujarnya.

Ditanya mengenai perancangannya selepas ini, Ili memaklumkan dia mahu mengambil sedikit masa untuk berehat sebelum mula mencuba untuk menceburi bidang lain.

Dalam masa sama, Ili tidak menolak kemungkinan untuk kembali aktif dalam bidang seni termasuk bidang nyanyian dan lakonan sekiranya diberi peluang.

“Saya rasa saya tak akan terus buat begitu (kembali bekerja sebagai penyampai£ kerana sekarang saya mahu fokus kepada perkara lain dalam hidup saya.

“Menyanyi mungkin sesuatu yang saya mahu lakukan. Kemudian, kalau insya-Allah ada peluang untuk berlakon atau apa-apa pun, boleh juga.

“Dah hampir sembilan tahun saya bekerja dalam bidang radio, memang lama sangat. Saya juga mahu mengembara ke seluruh dunia dan luangkan masa bersama keluarga terlebih dahulu,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement