Skip to main content

Hiburan

“Tak Menjadi Kesalahan Ke Bila Lelaki Perangai Macam Ini?” - Abby Abadi

ASTROGEMPAK Abby

Sekilas

  • Abby Abadi menyeru agar lelaki yang cuai dalam urusan pernikahan di Malaysia dikenakan tindakan sewajarnya bagi mengelakkan wanita menjadi mangsa kecaman masyarakat.
  • Abby menegaskan bahawa pernikahan luar negara tanpa pengesahan sijil nikah di Malaysia tidak sepatutnya dipandang ringan dan perlu ada pengajaran untuk pihak lelaki.
  • Isu perceraian dan rujuk semula antara Aslam dengan dua isterinya mendapat perhatian, dengan Abby juga meluahkan kebimbangan campur tangan ibu bapa boleh membawa masalah lain.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi Abby Abadi berharap mana-mana lelaki dikenakan tindakan sewajarnya jika cuai dalam menguruskan isu pernikahan yang didakwa masih belum disahkan di Malaysia.


 

Advertisement

Menurut Abby, perkara seperti itu tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada pihak wanita yang akhirnya menjadi sasaran kecaman masyarakat.


 

“Tolonglah Mahkamah Syariah di Malaysia, isu-isu macam ni tak boleh nak bertindak apa-apa ke untuk bagi pengajaran pada pihak lelaki?


 

“Dah la nikah luar Malaysia, dengan tiada pengesahan sijil nikahnya, dah dua tahun dah... buat pihak perempuan saja dipandang hina.


 

“Tak menjadi kesalahan ke di Malaysia bila lelaki perangai macam ni? Sesuka hati nak buat apa-apun,” kongsinya.


 

Dalam pada itu, Abby turut meluahkan rasa geram apabila tindakan ibu bapa untuk campur tangan dalam isu tersebut juga dibimbangi boleh mengundang masalah lain.


 

“Kalau mak bapa bertindak kang, takut mak bapa pula yang ke dalam,” katanya lagi.


 

Untuk rekod, menantunya, Aslam didakwa telah melafazkan cerai terhadap Marissa sebanyak dua kali, iaitu pada September 2024 sebelum kembali rujuk dalam bulan yang sama.


 

Dia kemudian sekali lagi melafazkan cerai pada April 2025 dan pasangan itu difahamkan kembali rujuk pada Jun tahun sama.


 

Marissa Dania merupakan isteri kedua Aslam selepas mereka bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.


 

Sebelum itu, Aslam telah mendirikan rumah tangga bersama isteri pertama, Umisya Mazlan pada Julai 2020.


 

Pasangan itu pernah bercerai pada September 2023 sebelum mengambil keputusan untuk rujuk semula dalam tempoh idah.


 

Hasil perkahwinan, Aslam dan Umisya dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Hud, Nuh serta seorang bayi perempuan yang dilahirkan pada 17 Februari lalu.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Indian Wedding Forehead Netti Pattam & Hand Wrist Pattam Gold Plated Traditional Bridal Ceremony Set

Indian Wedding Forehead Netti Pattam & Hand Wrist Pattam Gold Plated Traditional Bridal Ceremony Set

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Bulu LS + Bracelet Gelang Gila-Gila Simple Love

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Bulu LS + Bracelet Gelang Gila-Gila Simple Love

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Must Watch Video

Advertisement