Skip to main content

Selebriti

Tak Minta Diri Disukai, Mek Dinda Tak Faham Mengapa Ada Yang Terlalu Membenci - “Apa Salah Saya Sebenarnya Sampai Ada…”

Tak Minta Diri Disukai, Mek Dinda Tak Faham Mengapa Ada Yang Terlalu Membenci - “Apa Salah Saya Sebenarnya Sampai Ada…”

Sekilas

  • Mek Dinda meluahkan rasa hairan apabila mengetahui ada pihak yang tidak menyukainya walaupun dia hanya menjalani kehidupan biasa dengan bekerja dan berniaga.
  • Dia mengakui mungkin cara percakapan dan gurauannya tidak kena dengan selera sesetengah orang, namun tidak faham mengapa ada yang membencinya.
  • Mek Dinda berharap orang ramai belajar untuk tidak membenci seseorang hanya kerana cara hidup mereka, dan mengingatkan supaya tidak menyakiti orang lain walaupun tidak menyukai mereka.
Advertisement

Personaliti media sosial, Mek Dinda meluahkan rasa hairan selepas mengetahui dirinya seolah-olah tidak disenangi oleh sesetengah pihak.

Menerusi kenyataan di platform Threads, Mek Dinda berkata dia hanya menjalani kehidupan seperti biasa dengan bekerja, berniaga, mencari rezeki dan membahagiakan keluarganya.

Advertisement

“Kadang-kadang saya tertanya juga, awat hampa tak suka saya? Saya tak pernah kacau hidup orang, tak pernah cari pasal dengan sesiapa.

“Saya cuma menjalani kehidupan saya, bekerja, berniaga, cari rezeki dan bahagiakan keluarga saya,” coretnya.

Bagaimanapun kata Mek Dinda, dia menyedari dirinya bukanlah individu yang sempurna dan mengakui mungkin cara percakapan serta gurauannya tidak disenangi oleh sesetengah pihak.

Advertisement

“Saya tahu saya tak sempurna. Mungkin cara saya bercakap, cara saya bergurau atau cara saya membawa diri tak kena dengan selera sesetengah orang.

“Tapi sampai sekarang saya masih tertanya, apa sebenarnya salah saya sampai ada yang begitu membenci?” soalnya.

Tambah Mek Dinda lagi, dia juga merupakan insan biasa yang mempunyai hati dan perasaan.

Malah katanya lagi, biarpun dia seorang yang berfikiran positif namun ada ketikanya kata-kata negatif daripada orang lain juga mampu mengguris hatinya.

“Saya pun manusia biasa. Ada hati, ada perasaan. Saya boleh terima teguran, tapi kadang-kadang kata-kata orang tu memang menyakitkan.

“Tak suka saya, tak apa. Saya tak paksa sesiapa untuk suka. Cuma saya harap kita boleh belajar untuk tidak membenci seseorang hanya kerana kita tak suka cara dia menjalani hidup.

“Kita tak perlu suka semua orang, tapi kita juga tak perlu menyakiti semua orang yang kita tak suka,” jelasnya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement