Skip to main content

Hiburan

“Tak Mudah…” – Shakilla Khoriri Coret Ucapan Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-2 Bersama Suami

Astro Gempak 174

Sekilas

  • Pelakon Shakilla Khoriri berkongsi pengalaman dan cabaran sepanjang dua tahun perkahwinannya bersama suami, Fariz Zulkepley.
  • Shakilla menegaskan tiada pasangan yang sempurna dan setiap hubungan memerlukan komunikasi serta kekuatan dari kedua-dua pihak.
  • Dia berharap dapat terus menjaga hubungan dan meniti hari tua bersama suami sambil belajar dan menghadapi cabaran bersama.

Pelakon Shakilla Khoriri menitipkan ucapan manis sempena meraikan ulang tahun perkahwinannya yang kedua bersama suami tercinta.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shakilla mengakui perjalanan dua tahun sebagai suami isteri bukan sesuatu yang mudah. 

“Years today as H&W (husband & wife). Not easy. Dia tak sama macam orang bujang kahwin. Dia macam duduk dalam kotak lepas tu orang main campak-campak. Haaa macam tu ibaratnya perjalanan dua tahun ni.

“Jadi dua tahun ni buat terasa lamaaaanyaaaa… tapi eh baru dua tahun. Mungkin juga masing-masing sentiasa ada dengan each other. Bekerja sendiri dan mostly kerja sama-sama and always ada depan mata,” tulisnya.

Menurut Shakilla, dia sukar menggambarkan sepenuhnya keadaan rumah tangganya, namun percaya setiap fasa adalah proses pembelajaran.

“Susah nak describe keadaan aku dengan dia tapi setiap hati aku percaya ini learning process. Tak mudah nak ‘balance’ kan keadaan aku bila aku ni macam ‘tulang’ bagi banyak pihak. Tapi ini cabaran dan jalan yang aku pilih.

“Betul lah orang kata perkahwinan ni macam-macam ceritanya. Kali ni aku belajar banyak perkara dan aku cuba adapt sebanyak mana kisah dan ‘task’ dalam perjalanan ni,” kongsinya lagi.

Pelakon itu turut menegaskan tiada pasangan yang sempurna dan setiap pilihan datang bersama cabaran tersendiri.

“Setiap pasangan tu tak sempurna. Mana ada sempurna. Bila kita pilih, jadi kita bersedia dengan ‘surprise’ yang mendatang.

“Orang kata faham each other, communicate… tapi zaman sekarang ni susah sebab ‘obstacles’ pelik-pelik tu akan ada. KUAT! Sebab hubungan yang baik dan bahagia datang dari diri sendiri dulu dan pasangan. Jadi pasukan yang baik mesti akan dapat gold medal,” ujarnya.

Shakilla juga meluahkan harapan untuk terus menjaga hubungan dan meniti hari tua bersama.

“Kita jaga KITA. Jauh lagi perjalanan kalau Allah izinkan. Banyak lagi perkara kita nak buat. Banyak lagi tempat Allah kita nak explore sama-sama. Kita nak menua bersama walaupun you akan tua dulu.

“Kita nak jaga KITA siapa yang sakit. Kita nak cuba banyak benda baru. Kita nak belajar banyak hal yang kita tak tahu. Kita belajar ‘sakit’ sebab tu subjek paling power untuk masa depan kita,” tulisnya lagi.

Untuk rekod, Shakilla mendirikan rumah tangga dengan Fariz Zulkepley dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam pada tahun 2024.

Sebelum itu, Shakilla pernah bernikah dengan Fizi Ali pada 18 Januari 2018 sebelum mengumumkan penceraian pada Disember 2021. 

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia.

 

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Nike Brasilia Training Duffel Bag

Nike Brasilia Training Duffel Bag

Nike Sportswear Futura

Nike Sportswear Futura

Jordan Club Hat

Jordan Club Hat

Nike Dri-FIT Club

Nike Dri-FIT Club

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

Must-Watch Video

Advertisement