Kecoh semalam mengenai berita pengumuman perkahwinan pelakon, Fattah Amin dengan penyanyi Amira Othman.
Pelbagai reaksi diberikan daripada peminat mahupun rakan industri mengenai berita tersebut.
Advertisement
Tidak terlepas jua, pelakon, Zarina Zainuddin tampil memberi pandangannya mengenai aktres Fazura.
Menurut Zarina, Fazura berada dalam kelasnya yang tersendiri dan tidak wajar dibandingkan dengan sesiapa.
“Fazura itu di kelasnya yang tersendiri. Tak perlu bandingkan dia dengan sesiapa. Jauh bezanya. Dia wanita mahal yang berkelas.
“Dulu saya pernah doakan semoga Fazura dan Fattah berbaik semula demi anak. Tapi nampaknya Fattah lebih dulu mencari pengganti berbanding Fazura yang masih sendiri.
“Saya sayang Fazura, saya juga suka Fattah Amin. Semoga kedua-duanya berbahagia dengan cara masing-masing. Sebagai seorang perempuan, tentulah saya sokong perempuan, sebab perempuan yang sepatutnya faham perasaan perempuan,” katanya.

Tambah Zarina, dia kecewa apabila melihat segelintir wanita di media sosial sebaliknya bertindak menindas wanita lain dengan kata-kata menyakitkan.
“Tapi saya baca banyak perempuan yang lebih-lebih menindas perempuan dengan kata-kata yang menyakiti. Kena kat diri sendiri baru korang rasa. You go girl, fly high Fazura,” tulisnya di ruangan komen sebuah artikel di portal hiburan.
Sebelum ini, gosip mengenai Fattah bakal menamatkan zaman duda hangat diperkatakan di media sosial selepas seorang pengguna Threads mendakwa mendapat maklumat tersebut daripada sumber dipercayai.
Untuk rekod, Fattah pernah berkahwin dengan Fazura pada 27 November 2017 sebelum bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.