Sekilas
- Pelakon Riena Diana menyeru orang ramai supaya berhenti membandingkan rupa paras dan merendahkan individu lain di media sosial.
- Riena menegaskan kecantikan itu subjektif dan media sosial harus menjadi platform untuk saling menyokong, bukan menyebarkan kebencian atau buli siber.
- Beliau berharap pengguna media sosial memilih untuk menyebarkan perkara positif dan menghormati antara satu sama lain, baik dalam talian mahupun dunia sebenar.
Pelakon Riena Diana tampil menyeru orang ramai agar menghentikan budaya membandingkan rupa paras dan merendahkan individu lain di media sosial.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Riena berkata setiap orang mempunyai kecantikan yang tersendiri dan tidak wajar menjatuhkan orang lain semata-mata untuk memuji individu lain.
"Kecantikan itu sangat subjektif dan setiap orang cantik dengan cara mereka yang tersendiri. Kita tidak perlu merendahkan orang lain hanya untuk memuji orang lain.
"Media sosial harus menjadi tempat kita saling menyokong, bukan tempat untuk menyebarkan kebencian atau menggalakkan buli siber.
"Kadangkala beberapa patah perkataan yang ditaip di sebalik skrin boleh memberi kesan kepada seseorang lebih daripada yang kita sedari.
"Kebaikan tidak bermakna apa-apa, tetapi ia boleh bermakna segalanya bagi seseorang," tulisnya.
Riena turut berharap pengguna media sosial lebih memilih untuk menyebarkan perkara positif dan saling menghormati antara satu sama lain, sama ada di alam maya mahupun dunia sebenar.
"Pada akhirnya, kita semua manusia dan kita semua layak dihormati. Saya benar-benar berharap kita dapat memilih kebaikan, hanya meninggalkan komen positif dan terus maju ke hadapan dengan aman.
"Marilah kita bersikap lebih baik antara satu sama lain, baik dalam talian mahupun luar talian," katanya lagi.
Sumber - Threads