Sekilas
- Janna Nick puji lagu Aina Abdul mudah melekat dalam ingatan kerana liriknya yang kuat dan menarik.
- Menurut Janna, lirik Aina menggunakan pilihan perkataan yang mudah difahami dan senang dihafal tanpa usaha.
- Perkongsian Janna mendapat sokongan ramai netizen yang turut bersetuju lagu Aina memang senang diingati dan dekat di hati.
Pelakon, Janna Nick menyifatkan lagu daripada penyanyi dan komposer, Aina Abdul mudah melekat dalam ingatan pendengar.
Menurut Janna, kekuatan lagu Aina terletak pada penulisan liriknya yang mempunyai daya tarikan tersendiri sehingga membuatkan dia mampu menghafal lagu-lagu tersebut tanpa perlu bersusah payah mengingatinya.
“Saya rasa kekuatan setiap lagu Aina Abdul terletak pada liriknya. Semua lagu dia, saya secara automatik hafal tanpa perlu meletakkan sebarang usaha untuk menghafalnya pun.
“Mungkin pilihan perkataan dalam lirik dia itu sangat mudah melekat dalam otak,” katanya.
Perkongsian Janna itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial, malah rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh aktres berkenaan.
"Kann. Miss Aina bercerita dengan kita.. sy suka kasih merintih.
"Dia macam bahasa kita bercakap tanpa banyak puitis.
"Betul. Saya sekali dua je dah hafal lagu tu. Album imaji tu dah habis telaah dah.
"I thought the same..Lagu dia mcm mudah lekat.
"Setuju ni bukan biasa je nyah, ni luar biasa, terngiang-ngiang part “if this is love…." komen netizen.