Sekilas
- Seorang individu memohon maaf kepada Mohamad Syafiq Azim Shaheen atas tuduhan narsistik yang dibuat sebelum ini melalui siaran langsung tular.
- Individu tersebut mengakui kesilapan dan mendoakan kebaikan untuk Syafiq dalam hantaran di Threads.
- Syafiq pula menyatakan dia sudah lama memaafkan semua netizen yang mengecam dan berharap orang ramai terus mendoakan yang baik untuknya.
Seorang individu tampil memohon maaf kepada bekas suami kepada pempengaruh dan pelakon Syida Melvin iaitu Mohamad Syafiq Azim Shaheen.
Menerusi hantaran di Threads, individu itu mengakui dia pernah mengatakan Syafiq seorang narsistik disebabkan siaran langsung yang tular sebelum ini.
“Maaf @shafiqshaheen sebelum ni saya pernah mengatakan awak narsistik sebab live tu. 🙏🏻 Sekarang Allah dah nampakkan siapa awak sebenarnya.
“Semoga awak sentiasa dalam lindungan Allah jua. #Semogakemenangandipihakawak🤲🏻,” tulis individu itu.
Dalam pada itu, Syafiq bagaimanapun memberitahu dia sudah lama memaafkan semua netizen yang mengecam dan mengutuknya.
“Tak perlulah minta maaf, saya dah lama maafkan korang semua. No hard feelings at all. Apa pun yang dah berlaku, biarlah berlalu.
“Terus doakan yang baik-baik untuk kami ya. Insya-Allah, everything will be fine. 🤲,” kata Shafiq.
Sumber - Threads