Skip to main content

Hiburan

Tak Pernah Cemburu, Hadie Jadikan Kejayaan Rakan-Rakan Sebagai Pembakar Semangat - “Sentiasa Percaya Pada…”

Hadie

Sekilas

  • Hadie Elfardie gembira melihat kejayaan rakan-rakan seperjuangan dalam industri seni dan menjadikan pencapaian mereka sebagai inspirasi.
  • Dia baru sahaja menamatkan pengajian dan latihan industri, kini bersedia untuk fokus kembali pada kerjaya seni.
  • Hadie sedang memilih lagu yang sesuai untuk single baharu bertajuk "Dusta Sebuah Cinta" yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Advertisement

Penyanyi Hadie Elfardie memaklumkan dia tumpang gembira melihat kejayaan rakan-rakan seperjuangan yang kini semakin menyerlah dalam industri seni, malah menjadikan pencapaian mereka itu sebagai satu pembakar semangat buat dirinya.

Menurut Hadie yang juga anak sulung kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad dan Ina Naim, dia tidak pernah berasa tercicir kerana percaya setiap individu mempunyai rezeki dan perjalanan kerjaya yang berbeza.

Advertisement

“Saya tidaklah berasa risau. Sebaliknya, saya bangga bila tengok kawan-kawan yang sama-sama naik dengan saya, kini mereka berjaya.

“Secara tidak langsung pencapaian mereka ini memberikan inspirasi kepada saya. Saya juga perlu jadi seperti mereka. Saya sentiasa percaya kepada rezeki,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, Hadie memaklumkan dia baru sahaja menamatkan pengajian termasuk latihan industri, sekali gus bersedia untuk kembali memberi fokus terhadap perjalanan kerjaya seninya.

“Saya rasa lebih baik saya habiskan dahulu pelajaran. Perkara ini tak susah pun. Biarlah saya selesaikan dahulu apa yang harus diselesaikan.

“Soal cita-cita dan perjalanan kerjaya, saya boleh susun kemudian. Saya tidaklah terlalu nak mengejar apa-apa. Yang penting nama saya tetap ada, Alhamdulillah,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Hadie memaklumkan dia kini sedang meneliti terlebih dahulu beberapa karya daripada komposer sebelum membuat keputusan untuk tampil dengan single baharu.

“Ada ramai komposer yang memberikan saya lagu. Namun, bila kita nak memilih karya, kita kena cari lagu-lagu yang sesuai dengan suara dan jiwa kita.

“Barulah kita boleh bawakan dengan ikhlas. Kalau lagu itu tak kena dengan kita, nanti tiada rasa pula. Pemilihan lagu ini mengambil masa. Kena pilih betul-betul.

“InshaAllah single pertama saya berjudul Dusta Sebuah Cinta akan dikeluarkan tidak lama lagi,” ujarnya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement