Aktres Nikita Willy diketahui sudah memiliki dua orang anak lelaki selepas menikah dengan Indra Priawan pada tahun 2020.
Anak sulung Nikita bernama Issa Xander Djokosoetono, yang lahir pada 7 April 2022. Anak keduanya, yang lahir pada 15 Disember 2024 diberi nama Nael Idrissa Djokosoetono.
Advertisement
Sejak berkahwin dan banyak menghabiskan masa sebagai ibu rumah tangga, Nikita juga selalu berkongsi aktiviti dirinya bersama anak-anak.
Namun Nikita selalu dilihat tenang saat berdepan anak-anaknya. Malah tindakan Nikita hanya ketawa melihat anak sulungnya, Issa mengamuk serta pernah menganggu dia melakukan kerja sewaktu satu penggambaran untuk produk pernah menjadi tular.
Tindakan tenang Nikita juga dijadikan paradi oleh ramai pengguna media sosial Indonesia yang membandingkan sikap Nikita dengan perangai kebanyakan ibu yang akan menjerit atau mengamuk jika anak-anak ‘buat hal’,
Sikap tenang bintang berusia 31 tahun itu membuat dia menerima julukan ibu soft spoken.
Mendengar gelaran yang diberikan kepadanya, Nikita mengaku terkejut.
“Sejujurnya saya baru dengar istilah ibu soft spoken itu ya.
“Sebenarnya saya memang cuba untuk bersikap tegas dengan anak-anak. Tapi memang tidak boleh mengeluarkan nada tinggi.
“Saya tidak mampu menjerit. Sikap ini (lembut) bukan dibuat-buat mungkin sudah memang diri saya sejak dahulu,” katanya seperti dilaporkan Viva.co.id.
Ironi, dalam dunia lakonan Nikita juga sering diberi watak baik kerana pengarah berpendapat dirinya sukar membawa peranan antoganis.
“Menurut mereka saya terlalu lemah lembut dan tidak boleh marah-marah. Mungkin ikap itu terbawa sampai sekarang,” tambahnya lagi.