Skip to main content

Hiburan

Tak Pernah ‘Miss’ Buat Dua Minggu Sekali, Petugas Kesihatan Dedah Azhan Rani Rupanya…

Tak Pernah ‘Miss’ Buat Dua Minggu Sekali, Petugas Kesihatan Dedah Azhan Rani Rupanya…

Sekilas

  • Pelakon Azhan Rani aktif melakukan pendermaan darah secara konsisten setiap dua minggu menggunakan kaedah aferesis, kecuali ketika terikat dengan penggambaran di luar kawasan.
  • Azhan juga melakukan pendermaan darah penuh setiap tiga bulan dan mesra berinteraksi dengan petugas kesihatan semasa sesi pendermaan.
  • Azhan terkenal dengan lakonannya sebagai Jamali dalam drama Bulan Henti Bicara yang mendapat reaksi positif penonton walaupun membawa watak antagonis.
Advertisement

Bukan hanya dikenali menerusi bakat lakonan, pelakon Azhan Rani turut mencuri perhatian apabila seorang petugas kesihatan berkongsi rutin aktor itu yang aktif melakukan pendermaan darah.

Menerusi perkongsian dalam TikTok, petugas terbabit mendakwa Azhan konsisten hadir setiap dua minggu untuk melakukan pendermaan aferesis kecuali ketika terikat dengan penggambaran di luar kawasan.

Advertisement

 

@qilis_26

Che Azhan setiap dua minggu tk pernah miss dtg derma darah kecuali beliau ada shooting kat luar. 2minggu sekali untuk apheresis (derma komponen darah iaitu plasma & platelet) 3bulan sekali whole blood donation- ambil semua komponen darah.

♬ original sound - Qilis

 “Che Azhan setiap dua minggu tak pernah ‘miss’ datang derma darah kecuali beliau ada ‘shooting’ di luar.

 

Advertisement

“Dua minggu sekali untuk aferesis iaitu derma komponen darah plasma dan platelet.

“Tiga bulan sekali pula ‘whole blood donation’, ambil semua komponen darah,” katanya.

Menurut petugas kesihatan tersebut, pendermaan yang dilakukan Azhan setiap dua minggu melibatkan kaedah aferesis iaitu pengambilan komponen darah tertentu.

“Che Azhan derma aferesis. Ambil komponen darah plasma dan platelet.

“Kekerapan pendermaan yang ini adalah dua minggu sekali,” jelasnya.

Menerusi perkongsian sama, Azhan turut dilihat mesra menyantuni dan beramah mesra dengan petugas kesihatan ketika hadir untuk melakukan pendermaan.

Azhan sebelum ini turut mencuri perhatian menerusi lakonannya sebagai Jamali dalam drama Bulan Henti Bicara yang menerima pelbagai reaksi positif penonton meskipun membawakan karakter antagonis.

Drama yang turut dibintangi Ezzanie Jasny dan Azar Azmi itu mula ditayangkan menerusi slot MegaDrama Astro sejak 27 Julai lalu.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

Must Watch Video

Advertisement