Selama 31 tahun hidup di dunia, pempengaruh Iqbal Zulkefli menegaskan dia tidak pernah sekalipun meneguk minuman keras.
Advertisement
Menerusi sesi soal jawab di Instastory, Iqbal berkata, dia juga tidak pernah merokok atau menggunakan rokok elektronik iaitu vape.
"Saya tidak pernah minum arak walau sekali dalam hidup. Sama juga rokok dan vape, tidak pernah sekali pun,” katanya.
Bagaimaapun Iqbal mengakui dia pernah menjejakkan kaki ke kelab malam, namun hanya atas urusan kerja.
"Kelab malam tidak pergi kecuali program pelancaran (biasanya produk antarabangsa),” katanya lagi.
Tegas Iqbal, pendiriannya itu bukan kerana mahu dilihat sebagai seorang yang baik, tetapi berasakan perkara tersebut tidak memberi sebarang manfaat dalam hidupnya.
"Bukan sebab saya baik, cuma tidak terfikir ke situ. Saya juga punya pendirian,” ujarnya.