Skip to main content

Selebriti

Tak Salahkan Atikah Suhaime, Suami Anggap Sebagai Pengajaran - “Saya Dah Cakap Bukan Salahnya, Tapi Masih Menangis”

Tak Salahkan Atikah Suhaime, Suami Anggap Sebagai Pengajaran

Suami kepada pelakon, Datin Atikah Suhaime iaitu Datuk Lokman Teh meluahkan rasa syukur kerana anaknya, Lyla Mulan Teh tidak mengalami kecederaan serius selepas terjatuh daripada buaian elektrik.

Menerusi ciapan di aplikasi Threads, Lokman menyifatkan kejadian yang menimpa Mulan itu sebagai satu pengajaran besar buat mereka sebagai ibu bapa.

Advertisement

“Kejadian itu menjadi satu pengajaran buat saya dan isteri sebagai ibu bapa. Buaian elektrik anak tiba-tiba jatuh dan putus ketika Mulan sedang tidur.

“Nasib baik di bawahnya ada selimut dan bantal, jadi apabila dia jatuh terlentang masih selamat. Cuma mesin buai itu jatuh terkena muka dia.

“Luluh hati saya melihat wajahnya lebam. Kami terus bawa pergi hospital untuk diperiksa. Alhamdulillah, impaknya tidaklah terlalu teruk.

“Sebagai ibu bapa, perit rasanya melihat sesuatu yang tidak mampu kami elakkan. Tetapi dengan izin Allah SWT, ia hanya kecederaan ringan, sekarang Mulan dalam pemantauan kami,” jelasnya.

Mengulas mengenai keadaan Atikah, Lokman memaklumkan isterinya sehingga kini tidak berhenti menangis dan masih menyalahkan diri sendiri.

“Saya sudah beritahu dia tidak gagal sebagai seorang ibu. Malah saya juga sudah katakan pada dia kejadian yang berlaku itu bukan salah dia. Namub dia tidak henti henti menangis,” maklumnya.

 

 

Dalam pada itu, rata-rata netizen juga memberikan kata kata positif dan memujuk Atikah dengan mengatakan ada beberapa perkara ibu bapa tidak dapat kawal dah kejadian yang berlaku itu juga bukan salahnya.

Terdahulu, Atikah berkongsi mengenai anak perempuannya yang mengalami sedikit kecederaan di bahagian muka selepa terjatuh daripada buaian elektrik.

Selepas kejadian itu, Atikah merasakan dirinya gagal menjadi ibu yang baik kerana percaya kejadian itu berpunca daripada kesilapan dirinya yang tersilap memasang buaian tersebut.

Must-Watch Video

Advertisement