Skip to main content

Hiburan

Tak Sangka Jadi Isu, Betty Rahmad Ambil Tanggungjawab Isu Nama ‘Bachelorette Usrah’ - “I Take The Blame…”

BETTY TAHAN

Pelakon, Betty Rahmad tidak menyangka nama majlis Bachelorette yang dianjurkan buat rakannya, Amira Othman menjadi satu isu. 

Menerusi satu hantaran di Threads, Betty atau nama sebenarnya Norsha Ramad Ali menjelaskan bagaimana idea nama itu tercetus.

“Haaa sudah! Bachelorette Usrah jadi point pulak. Macamni cerita dia dik, mula2 nak letak nama “Bachelimah” = Bachelorette version Muslimah tapi i rasa mcm buruk pulak nama tu 🤣 So i letak “Bachelorette Usrah”. 

“Tak sangka pulak jadi issue. Takpe i take the blame. Salahkan ku… tolong salahkan ku,” tulisnya.

Dalam pada itu, Betty turut berkata bahawa penganjuran majlis itu bukan sekadar untuk meraikan bakal pengantin tetapi juga sebagai ruang untuk menimba ilmu dan saling mengingatkan antara sahabat.

“Best tau our Bachelimah tu.. dapat dengar tazkirah bertajuk “Menuju pintu syurga Isteri Solehah” dari Ustazah Nazirah. 

“Nanti korang try la buat untuk diri sendiri atau kawan yang nak kahwin okay,” tambahnya. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak melihat sebarang masalah pada pemilihan nama majlis tersebut, malah ramai yang memuji konsepnya yang lebih bermanfaat.

Terdahulu, segelintir pengguna media sosial memberikan pandangan berbeza mengenai nama majlis itu yang dianggap agak janggal walaupun ia diadakan untuk meraikan hari bahagia Amira Othman yang bakal tiba tidak lama lagi.

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement