Skip to main content

Hiburan

“Tak Sangka…” - Pemilik Kedai Tudung Indonesia Teruja Fazura Singgah

“Tak Sangka…” - Pemilik Kedai Tudung Indonesia Teruja Fazura Singgah

Sekilas

  • Pelakon dan usahawan Nur Fazura dilihat bersikap mesra dan rendah diri ketika berkunjung ke sebuah kedai tudung di Indonesia.
  • Pemilik kedai meluahkan rasa teruja menerima kunjungan Fazura dan memuji sikapnya yang humble dan cantik.
  • Netizen turut tertarik dengan penampilan santai Fazura, termasuk kehadiran sebotol air mineral yang terselit di belakang pakaiannya.
Advertisement

Sikap bersahaja pelakon dan usahawan Nur Fazura ketika berkunjung ke sebuah kedai tudung di Indonesia mencuri perhatian ramai.

Menerusi sepotong video yang dikongsikan di TikTok premis berkenaan, Fazura dilihat  mesra melayan individu di situ.

Advertisement

Pemilik kedai berkenaan turut meluahkan rasa teruja apabila tidak menyangka menerima kunjungan aktres itu selain menyifatkannya sebagai seorang yang merendah diri.

 

@murnierdann Orangnya humble sangat,cantik pula#nurfazuramalaysia #thamrincity ♬ original sound - Sony Music Indonesia

 “Tak sangka Kak Fazura singgah di kedai saya. Orangnya ‘humble’ sangat, cantik,” tulisnya.

Advertisement

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tertarik dengan penampilan bersahaja Fazura.

Malah, ada yang tertarik dengan sebotol air mineral terselit pada bahagian belakang pakaiannya.

“Dengan botol mineral dekat poket dia itu, ‘simple’,” komen seorang netizen.

“Dia memang terkenal baik dan ‘humble’ sangat. Dengan peminat paling tak sombong dan ‘friendly’,” kata seorang lagi.

“Relaks, sempoi. Air botol kosong dekat belakang,” seloroh pengguna lain.

Sumber: TikTok dm scarf

Anda mungkin berminat dengan

[Flower Series] MIROREE Camelle Women Comfort Flat Sandals Kasut Selesa Lightweight

[Flower Series] MIROREE Camelle Women Comfort Flat Sandals Kasut Selesa Lightweight

McJoden - KOHANA Baju Tidur Perempuan Short Sleeve Long Pants Wanita set nightwear pajamas woman Pajamas ladies

McJoden - KOHANA Baju Tidur Perempuan Short Sleeve Long Pants Wanita set nightwear pajamas woman Pajamas ladies

Man Singlet Men Slimming Singlet Shaper Body Slim Shirt Shapewear Waist Shapewear Ready Stock 219186

Man Singlet Men Slimming Singlet Shaper Body Slim Shirt Shapewear Waist Shapewear Ready Stock 219186

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

Fashion Bra Adjustable Full-Cup Bra Ladies Underwear Thin Style Receiving Breasts Big Breasts Look Small Slimmer Look Prevent

Fashion Bra Adjustable Full-Cup Bra Ladies Underwear Thin Style Receiving Breasts Big Breasts Look Small Slimmer Look Prevent

JEEL Punjabi Suits - Full Set with Dupatta & Pocket Pants | No Shrinkage | Assorted Designs & Colours | 100% Guaranteed

JEEL Punjabi Suits - Full Set with Dupatta & Pocket Pants | No Shrinkage | Assorted Designs & Colours | 100% Guaranteed

Must Watch Video

Advertisement