Skip to main content

Hiburan

Tak Selesa Nama Keluarga Salah Eja, Evertts Gomes: “Saya Tak Nak Dikaitkan Dengan…”

Evertts Gomes

Sekilas

  • Pelakon Evertts Gomes jelaskan dia tidak mahu dikaitkan dengan selebriti Selena Gomez kerana perbezaan pendirian politik dan ejaan nama keluarga mereka.
  • Evertts tekankan pentingnya ejaan nama 'Gomes' yang diwarisi keluarga dan kesilapan ejaan boleh menimbulkan salah faham.
  • Dia memadam posting di media sosial selepas pihak yang salah eja nama keluarganya memohon maaf dan isu tersebut diselesaikan secara baik.
Advertisement

Pelakon Evertts Gomes tampil menjelaskan mengenai luahannya di Threads mengenai terdapat pihak yang didakwa salah mengeja nama keluarganya. 

 

Advertisement

Menurut Evertts atau nama penuhnya Evertts McClane Gomes, dia enggan dikaitkan dengan selebriti Selena Gomez yang didakwa mempunyai pendirian pro-Zionis.

 

“Macam yang kita tahu, dalam dunia ini ada seorang lagi selebriti yang menggunakan nama Gomez dengan ejaan huruf Z dan dia adalah Selena Gomez.

Advertisement

 

“Kita juga tahu yang dia seorang Zionis. Jadi saya tak nak disamakan atau dikaitkan dengan dia sebab risau orang akan kaitkan saya dengan dia. 

 

“Saya tak suka sebab saya pun tak nak sokong Zionis. Jadi, saya tak nak la dikaitkan dengan Selena Gomez,” kata Evertts kepada Gempak. 

 

Evertts ditemui ketika acara ‘House Of Kudrat’ dan ‘Meet & Greet’ barisan pelakon Kudrat 1968: High Council di Astro Experience Store, IOI City Mall, Putrajaya pada Ahad. 

 

Jelas Evertts lagi, ‘Gomes’ merupakan nama keluarganya yang diwarisi sejak dahulu dan dia sememangnya mengambil berat mengenai ejaan serta sebutan nama tersebut.

 

“Gomes adalah nama keluarga, saya dah membesar dengan datuk saya di mana dia pun tak suka bila nama dia salah disebut, salah eja. 

 

“Saya rasa ramai juga yang tak suka macam itu. Ada nama yang sama tapi ejaan berbeza. Salah ejaan atau sebutan itu boleh timbulkan salah faham dalam setengah situasi,” ujarnya. 

 

Dalam pada itu, pelakon berusia 27 tahun ini mengambil keputusan untuk memadam selepas pihak yang salah mengeja nama keluarganya tampil memohon maaf. 

 

“Saya ambil keputusan untuk padam posting itu selepas ia sampai ke pihak berkaitan. Saya nak minta maaf juga sebab saya post hantaran itu macam dalam keadaan emosi. 

 

“Bila ‘target audience’ kita itu pun dah tengok dan saya pun turunkan. Kemudian pihak berkaitan pun dah minta maaf, jadi semuanya selesai,” katanya. 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Must Watch Video

Advertisement