Skip to main content

Hiburan

“Tak Selesa, Scroll Sajalah” – Diana Danielle

“Tak Selesa, Scroll Sajalah” – Diana Danielle

Sekilas

  • Diana Danielle tidak ambil pusing kritikan netizen terhadap foto mesranya bersama teman lelaki, Bern, dan menggalakkan mereka yang tidak selesa untuk terus 'swipe' atau 'scroll'.
  • Dia terbuka menerima nasihat baik dan menegaskan tiada perkembangan serius dalam hubungannya buat masa ini, namun akan maklumkan jika ada perubahan.
  • Diana bakal membintangi filem Terbang yang diinspirasikan daripada kisah juara dunia rali, Karamjit Singh, dan akan ditayangkan di pawagam September ini.
Advertisement

Pelakon Diana Danielle tidak terlalu mengambil pusing pandangan netizen terhadap foto mesranya bersama teman lelaki, Bern yang dikongsikan baru-baru ini.

Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson, 35, berkata, dia sedar setiap tindakannya tidak mungkin dapat memenuhi kehendak atau keselesaan semua pihak.

“Tidak! Hidup ini kita takkan boleh sentiasa betul.

“Bagi saya, sesiapa yang rasa tak selesa, tak ada apa yang saya boleh buat. ‘Swipe’ (sapu skrin) sajalah, ‘scroll’ (skrol) sajalah,” katanya ketika ditemui pada sidang media dan pelancaran treler filem Terbang di Carfe, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Diana menegaskan dia bukanlah individu yang menolak teguran, sebaliknya tetap terbuka menerima nasihat yang baik.

“Semua nasihat yang baik kita ambillah. Kita tak boleh terlalu angkuh dalam hidup ini.

“Jadi apa yang bagus itu kita ambil, kita ambil maklum dan kita perbaiki apa yang patut,” ujarnya.

Ditanya mengenai kemungkinan hubungannya dengan Bern bakal melangkah ke fasa lebih serius, ibu dua anak itu memberitahu belum ada sebarang perkembangan buat masa ini.

“Tiada perkembangan lagi buat masa ini.

“Saya janji, kalau kami nak pergi ke fasa seterusnya, saya akan maklumkan,” katanya.

Pada Mac lalu, Diana secara terbuka mengakui sudah mempunyai kekasih yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Untuk rekod, Diana pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Farid Kamil pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Mereka bercerai kali pertama secara Google Meet pada 10 Ogos 2023 sebelum kembali rujuk, namun akhirnya bercerai talak satu buat kali kedua pada 23 Mac 2025.

Menerusi perkembangan lain, Diana bakal membintangi filem Terbang arahan Chiu Keng Guan yang dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara pada September depan.

Diinspirasikan daripada perjalanan hidup juara dunia rali negara, Karamjit Singh, filem tersebut turut dibintangi Irfan Zaini, Jack Tan, Zizan Razak, Nam Ron, Shweta Sekhon, Michael Helfman, Luqman Hafidz dan Qasrina Karim.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

ELGINI E16311 Seluar Kasual Wanita Kaki Lebar S-XXL | Women’s Wide-Leg Casual Pants

ELGINI E16311 Seluar Kasual Wanita Kaki Lebar S-XXL | Women’s Wide-Leg Casual Pants

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

Must Watch Video

Advertisement