Aktres sensasi, Sofia Vergara terpaksa melupakan kemunculannya di Anugerah Emmy 2025 yang berlangsung pada Ahad selepas ditahan di hospital.
Bintang The Modern Family itu terpaksa meraikan anugerah berprestij itu selepas terkena alahan yang cukup teruk pada bahagian matanya.
Advertisement
“Tidak sempat ke Emmy Awards tapi ke ER (bilik kecemasan),” tulis Vergara di akaun Instagramnya seperti dilaporkan People.
Menurut wanita berusia 53 tahun itu lagi dia terpaksa membatalkan kehadiran sebagai pemberi anugerah pada malam bersejarah bagi rakan-rakan seperjuangannya itu kerana alahan yang ‘timbul’ sebelum dia bergerak ke majlis.
“Maaf saya terpaksa membatalkan kehadiran. Alahan di mata sangat ‘gila’. Ia ‘muncul’ sebelum saya menaiki kereta,” katanya.
Vergara malah memperlihatkan dirinya terbaring di katil hospital dengan sebelah matanya kelihatan membengkak.
Mengikut jadual, dia perlu memberi piala kemenangan bersama rakan lain termasuk
Elizabeth Banks, Angela Bassett, Jason Bateman, Kristen Bell, Sterling K. Brown, Jennifer Coolidge, Colman Domingo, Tina Fey, Mariska Hargitay, Jude Law, Sarah Paulson, Sydney Sweeney, Jesse Williams dan Catherine Zeta-Jones.
Anugerah Grammy 2025 Emmys dihoskan oleh pelawak Nate Bargatze.