Sekilas
- Misha Omar menasihatkan netizen supaya tidak terlalu bercakap atau memberi komen negatif tentang perkara yang mereka tidak suka.
- Beliau menggalakkan orang ramai untuk fokus pada perkara yang mereka minat dan mengurangkan keluhan serta perbincangan negatif.
- Misha juga menyatakan dia tidak mengambil hati pandangan orang lain kerana menganggap dirinya sebagai penghibur dan menghormati perspektif setiap individu.
Penyanyi, Misha Omar menyorot perhatian netizen selepas menitipkan pesanan kepada netizen agar tidak terlalu bercakap atau memberikan komen mengenai perkara yang mereka tidak senangi.
Menurut Misha atau mesra disapa sebagai Kak Mitch, setiap individu mempunyai pilihan untuk menentukan perkara yang ingin lihat, dengar atau sokong tanpa perlu meluahkan rasa tidak suka terhadap orang lain.
“So cuba menjadi manusia yang jangan suka bercakap tentang benda yang kau tak suka. Pilih untuk jangan cakap pun. Jangan tengok pun benda yang tak suka itu.
“Keep on doing things that you like. Cuba buat, cuba buat. Insya-Allah, sejahtera hidup kau dan hidup orang lain juga. Insya-Allah, ramai orang sayang nanti.
"Kurangkan berkomplen, kurangkan cakap pasal benda-benda yang negatif. Eiu, meluatnya aku tengok Misha Omar tu.’ Meluat pula. Tak payah, tak payah,” katanya.
Dalam pada itu, pelantun lagu Break itu juga mengakui dirinya tidak terlalu mengambil hati dengan pandangan orang lain terhadap dirinya kerana dia menganggap dirinya sebagai seorang penghibur.
Menurut Misha, setiap individu berhak mempunyai perspektif masing-masing dan dia tidak merasakan dirinya bertanggungjawab untuk membetulkan setiap pandangan yang dilemparkan terhadapnya.
“Macam Kak Mitch, pada Kak Mitch, saya penghibur. Segalanya adalah hiburan. Saya terima orang cakap pasal apa pasal saya... ‘Suka hatimu’.
“Itu perspektif awak, saya tak perlu betulkan sebab itu bukan hak saya. Mulut-mulut awak, jari-jari awak, hati-hati awak, minda-minda awak. Saya tak ada kerja nak jaga semua itu. Faham tak?
“Kalau pun you tak suka siapa-siapa, tak payah cakap apa-apa. You tak suka dengar orang nyanyi lagu high note, cari lagu yang low note. Lagu yang rendah-rendah, yang relaks-relaks," ujarnya.
Sumber: Threads