Skip to main content

Selebriti

Tak ‘Try Hard’ & Wajar Dicontohi, Uyaina Arshad Puji Mdno - “Kadang Tak Payah Cakap Benda ‘Intellectual’ Untuk Tunjukkan Seseorang Tu Berilmu”

Uyaina Mdno

Sekilas

  • Uyaina Arshad memuji kredibiliti dan sikap rendah diri pempengaruh Mdno yang banyak memberi perkongsian bermanfaat kepada masyarakat.
  • Pengalaman bekerjasama dalam podcast dan kempen Aidilfitri Ariani Aryan membolehkan Uyaina melihat keperibadian Mdno yang disenangi ramai.
  • Uyaina mengucapkan kata semangat agar Mdno terus menjadi insan yang memberi impak positif kepada masyarakat.
Advertisement

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad meluahkan rasa kagum terhadap kredibiliti pempengaruh, Mdno yang disifatkannya sebagai seorang individu berilmu, merendah diri serta banyak memberi perkongsian bermanfaat kepada masyarakat.

Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Uyaina berkata dia pernah bekerjasama dengan Mdno sebelum ini menerusi sebuah podcast selain terbabit dalam penggambaran kempen Aidilfitri jenama Ariani Aryan.

Advertisement

Menurut Uyaina, pengalaman tersebut membolehkannya melihat sendiri keperibadian Mdno yang sememangnya disenangi ramai.

“Mdno memang patut dijadikan contoh. Pernah interview dia untuk satu podcast ni, dan pernah shoot kempen raya Ariani Aryan sama-sama dengan dia.

“Orangnya baik, kelakar, peramah dan berilmu. Kadang dia tak payah cakap benda yang intellectual pun untuk tunjukkan seseorang itu berilmu.

Advertisement

“Cukup dari perwatakan dan cara dia berkomunikasi dengan orang,” kongsinya.

Dalam hantaran yang sama, Uyaina turut menitipkan kata-kata semangat buat Mdno agar terus menjadi insan yang membawa kebaikan serta memberi impak positif kepada masyarakat.

“All the best Mdno! Terus jadi orang baik dan bermanfaat untuk masyarakat!” coretnya.

Untuk info, Uyaina memberikan respon tersebut selepas melihat perkongsian seorang individu mengenai Mdno.

“@dodosentoso Mdno antara influencer yang aku kagum, aku ternampak video podcast ni terus aku dengar sambil aku buat kerja depan laptop dekat tiga jam juga,” tulis individu tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Must Watch Video

Advertisement