Pelakon, Ika Nabella menegaskan dia tidak akan sesekali berkompromi mengenai soal keselamatan anaknya, Muhammad Noah Zayn.
Menerusi satu hantaran di Threads, Ika akui belum yakin untuk membiarkan anaknya untuk menggunakan tandas bersendirian.
“Cakaplah apa pun, anak saya tetap akan ikut saya ke tandas wanita selagi saya belum yakin dia bersedia untuk masuk tandas lelaki sendiri.
“Keselamatan dia tidak boleh dirunding. Kalau perkara itu buatkan sesiapa rasa tidak selesa, itu bukan masalah saya,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Ika.
“This! Can't play with safety esp w pedophiles cases around! But at the same time, need to let go somehow. Hard to be a mum! 😫
“Kita ni harap mak-mak lain bole faham situasi kita tapi tulah, kadang susah juga...
“Agree with you 100%. Tak pasal-pasal pulak anak kita kena culik sebab nak dengar cakap perempuan ni sorang, hiii…tersirap je darah baca post dia
“Agree with you.
“Louder sis,” komen netizen
Ika berkongsi pendapat selepas seorang individu menyatakan seorang ibu perlu mengelakkan untuk membawa anak lelaki yang berusia 7 hingga 9 tahun memasuki tandas wanita.
Perkongsian itu kemudiannya menarik perhatian orang ramai yang rata-rata memberikan pendapat berbeza.