Skip to main content

Selebriti

“Takkanlah Saya Bodoh Labur Duit Kalau Anak Tak Boleh Menyanyi & Berlakon” - Didakwa Guna Kabel, A.Aida Pertahan Azeva

“Takkanlah Saya Bodoh Labur Duit Kalau Anak Tak Boleh Menyanyi & Berlakon” - Didakwa Guna Kabel, A.Aida Pertahan Azeva

Sekilas

  • Datuk A. Aida menafikan dakwaan bahawa anaknya, Azeva, menggunakan 'kabel' untuk masuk industri hiburan dan menegaskan kejayaan Azeva adalah berdasarkan bakat sebenar.
  • A. Aida melabur dalam kerjaya Azeva kerana percaya pada kemampuan nyanyian dan lakonan anaknya, serta berharap Azeva terus menyerlah dalam bidang seni.
  • Azeva melancarkan single pertama berjudul "Tanpa Rasa Jemu" yang juga menjadi OST filem Bisikan Nafsu, yang akan ditayangkan pada 1 Oktober 2026 di pawagam seluruh negara.
Advertisement

Penerbit, Datuk A. Aida meluahkan rasa geram terhadap dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan penyanyi baharu, Azeva menggunakan ‘kabel’ ibunya untuk mendapatkan peluang dalam industri hiburan.

Menerusi perkongsian di platform Threads, A. Aida menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak wajar dan menegaskan kerjaya yang dimiliki Azeva adalah berdasarkan bakat yang dimiliki oleh anaknya.

Advertisement

Malah, A.Aida juga berkata setiap pelaburan yang dibuat terhadap kerjaya Azeva adalah kerana dia mempercayai bakat anaknya dalam bidang nyanyian dan lakonan.

“Soalan bodoh ada yang dok tanya @azeva.nt guna kabel mak dia ke? Jawapan pada soalan bodoh.

“Saya buat album sebab dia boleh menyanyi, buat filem sebab dia boleh berlakon.

“Takkanlah saya ni bodoh nak labur duit kalau anak tu tak boleh nak menyanyi dan berlakon,” tegasnya.

Dalam pada itu, A.Aida juga berharap Azeva dapat terus menyerlahkan bakat yang dimiliki dalam bidang yang diceburinya.

“Tak kisah anak atau bukan. Kalau ada bakat dan aura kita akan push, moga my princess terus menyinar dan mewarnai industri,” coretnya.

Dalam perkembangan lain, Azeva, tampil mempertaruhkan single pertamanya berjudul Tanpa Rasa Jemu.

Menariknya lagi, lagu ciptaan Zul 2By2, Aiman dan Madi Mulyadi itu hadir dengan lirik hasil nukilan ibunya sendiri, Datuk A. Aida menjadi titik permulaan perjalanan seni Azeva dalam industri muzik tanah air.

Istimewanya lagi, Tanpa Rasa Jemu juga turut menjadi runut bunyi (OST) kepada filem Bisikan Nafsu  yang turut dilakonkan oleh Azeva.

Filem ini bakal menemui penonton pada 1 Oktober 2026 di pawagam di seluruh negara.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Must Watch Video

Advertisement