Skip to main content

Hiburan

“Takut Nanti Saya Akan Dipersalahkan, Jadi Tak Nak Perkara Itu Berlaku” - Athalia

Athalia

Sekilas

  • Athalia mula rasa pelik apabila seorang lelaki berstatus suami selebriti mula berkomunikasi secara tidak sesuai di media sosial.
  • Athalia berkongsi masalah itu dengan ibunya, Sharifah Zarina, yang menganggap gangguan tersebut tidak normal dan perlu dihentikan.
  • Sharifah Zarina dedahkan isu ini di Threads untuk hentikan gangguan tanpa mengaibkan pihak mana pun, dan selepas itu tiada lagi gangguan diterima selama lebih sebulan.
Advertisement

Penyanyi Athalia memberitahu dia pada mulanya berasakan tidak mempunyai masalah apabila lelaki yang berstatus suami kepada selebriti menegurnya di laman sosial.

 

Advertisement

Bagaimanapun, Athalia berkata perkara itu menjadi pelik apabila lelaki terbabit memulakan perbualan yang dianggap tidak bersesuaian dan memilih untuk memaklumkan kepada ibunya yang juga selebriti, Sharifah Zarina. 

 

“Mula-mula rasa biasa saja sebab kita pun kenal rapat keluarganya. Jadi, tak adalah anggap macam pelik ke apa, tapi bila dah mula pelik tu bila conversation dia bertukar lain.

 

“Cara reply story pun macam sangat, I would say inappropriate macam tu. So bila lama-lama saya cerita je lah kat mama kan. Saya nak pandangan mama juga kan sebab kita rapat. 

Advertisement

 

“And then mama pun cakap, ‘eh ni tak normal ni, ni tak boleh ni’. So saya fikir macam, takut at the end of the day I would be blamed. So I don't want that to happen,” katanya kepada Gempak. 

 

Dalam pada itu, Athalia berkata dia dan ibunya sudah berbincang untuk mencari jalan bagi menghentikan gangguan daripada lelaki terbabit. 

 

“Saya berbincang dengan mama macam mana cara untuk hentikan gangguan itu secara low key, tak terlalu direct sangat. So many things can go wrong, even worse,” ujarnya. 

 

Sebelum ini, Sharifah Zarina dedah gangguan seorang lelaki berstatus suami orang terhadap anaknya, Athalia, yang cuba diajak keluar berdua-duaan ke pusat karaoke.

 

Zarina pilih untuk dedahkan perkara ini di Threads supaya gangguan tersebut berhenti tanpa mengaibkan mana-mana pihak.

 

Selepas pendedahan itu, Zarina sahkan tiada lagi gangguan diterima selama lebih sebulan dan mendapat sokongan warganet.

Anda mungkin berminat dengan

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

Free Size Plus Size Women Long Loose Pants Trousers Seluar Panjang Berkualiti Soft Waist Wide-Leg Casual Long Pants

Free Size Plus Size Women Long Loose Pants Trousers Seluar Panjang Berkualiti Soft Waist Wide-Leg Casual Long Pants

ELGINI E16444 Baju-T Lengan Panjang Kapas S-XXL | Graphic Long Sleeve Cotton Tee

ELGINI E16444 Baju-T Lengan Panjang Kapas S-XXL | Graphic Long Sleeve Cotton Tee

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

ELGINI E16152 Seluar Bootcut Wanita S-XXL | Women’s Bootcut Pants

ELGINI E16152 Seluar Bootcut Wanita S-XXL | Women’s Bootcut Pants

Must Watch Video

Advertisement