Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: A. Aida Bawa Azeva Berguru Dengan Siti Nurhaliza , Belajar Qasidah Lagu Nirmala

Astro Gempak 553

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan tunjuk ajar teknik nyanyian lagu Nirmala kepada Azeva bagi persiapan separuh akhir Talk To My Manager Musim Kedua.
  • Video perkongsian penerbit Datuk A. Aida di TikTok menunjukkan sesi pembelajaran tersebut menarik perhatian ramai netizen.
  • Peminat teruja melihat peluang Azeva belajar terus daripada pemilik asal lagu dan tidak sabar menantikan persembahannya di separuh akhir.
Advertisement

Perkongsian video penerbit Datuk A. Aida yang memaparkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan tunjuk ajar kepada bintang Talk To My Manager Musim Kedua (TTMM2), Azeva mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Siti dilihat berkongsi teknik nyanyian di bahagian Qasidah bagi membantu Azeva yang bakal mempersembahkan lagu popularnya, Nirmala pada peringkat separuh akhir TTMM2.

Advertisement

 

@dato.a.aida belajar teknik menyanyi lagu Nirmala @Siti Nurhaliza pun @Azeva ♬ original sound - a.aida

 “Belajar teknik menyanyi lagu Nirmala dengan Siti Nurhaliza pun Azeva masih dengan perangai macam buat live,” tulis A. Aida pada kapsyen hantaran tersebut.

 

Advertisement

Momen tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya teruja melihat peluang diberikan kepada Azeva untuk belajar secara langsung daripada pemilik asal lagu berkenaan.

“Perghhh Datuk A. Aida bawa jumpa TokTi terus tu. Memang berfungsi betul pengurus ada duit ni,” tulis seorang netizen.

“All the best Azeva. Tak sabarnya nak tunggu esok,” komen seorang lagi pengguna media sosial.

“Hebatlah networking manager ni. Sampai ke pemilik lagu dia pergi tuntut ilmu,” katanya.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian peminat yang tidak sabar menantikan persembahan Azeva pada minggu separuh akhir program berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Must Watch Video

Advertisement