Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Air Mata Pak Azad 'Gugur' Kerana Amarra

Astrogempak Pak Azad

Sekilas

  • Azad Jasmin, bapa dan penyampai Radio ERA, berkongsi perasaan sukar menerima anak perempuannya, Amarra, yang akan menjalani kehidupan sendiri suatu hari nanti.
  • Azad berjanji kasih sayangnya sebagai bapa tidak akan berubah dan akan sentiasa menjadi yang terbaik untuk Amarra sepanjang hayatnya.
  • Kata-kata Azad menyentuh hati Amarra dan netizen yang turut berkongsi rasa terharu dan menghargai kasih sayang seorang bapa.

Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Azad Jasmin mengakui sebagai seorang bapa sukar untuknya menerima hakikat suatu hari nanti anak perempuannya, Amarra akan menjalani kehidupan sendiri.

Kata Azad atau lebih mesra disapa sebagai Pak Azad saat itu akan membuatkannya seperti kehilangan anaknya itu. 

“To my darling… antara ketakutan terbesar seorang ayah adalah kehilangan anak perempuannya. Dan itu yang bakal berlaku kerana suatu hari nanti, kamu tidak akan bersama Daddy lagi,” katanya kepada Amarra.

Bagaimanapun, penyampai Radio ERA itu berjanji kasih sayang seorang bapa tidak akan pernah berubah walau apa jua keadaan.

“Selagi Daddy masih hidup, selagi Daddy ada, Daddy akan sentiasa jadi yang terbaik untuk kamu,” ujarnya.

Ucapan yang lahir dari hati itu nyata menyentuh perasaan Amarra sehingga dia tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh dengan kata-kata tersebut.

"He is very loving dad la kan. Untung his 3 girls❤️. 

"Untung anak² Pak Azad. ❤️

"Benci la , rindu ayah 😢

"I miss my dad.. 😢😢 alfatihah baba... 🤍

"Padiaaaa pagi pagi aku dok layan ni potong bawanggggg eak 😢

"Pak azaaaaaaadddd!!! pesai pa hang buat kami teqiak...

"Itulah yg ada dlm hati Pak Azad..sangat penyayang.. wlwpun dia selalu menghiburkan hati ramai org..

"Apeniiii pagi2 buat saya nangisss," komen netizen.

 



 

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement